KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini apabila Rizab Persekutuan (Fed) AS (Amerika Syarikat) mengubah pendirian dasarnya untuk menurunkan kadar faedah.
Dalam penyelidikan hari ini, ia berkata kelemahan ringgit berbanding dolar AS baru-baru ini dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang berubah kerana keluaran data ekonomi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan membawa kepada kajian semula mengenai tarikh untuk pengurangan kadar oleh Fed.
MIDF Research berkata daya tahan dalam pasaran pekerjaan AS dan ekonomi yang lebih luas akan menyebabkan Fed mengekalkan pendirian dasar menaikkan kadar faedah bagi tempoh lebih lama sebelum menurunkan kadar faedah akhir tahun ini dalam persekitaran jangkaan inflasi terus menyederhana.
"Ini adalah risiko penurunan kepada prospek ringgit kerana dolar AS akan kekal kukuh untuk tempoh yang lama," katanya.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berpendapat mungkin terdapat perubahan struktur lain yang boleh menjelaskan kelemahan ringgit setakat ini dan tidak dipengaruhi oleh pergerakan kadar AS.
"Sebagai contoh, kami melihat perubahan dalam komposisi perdagangan luar (kedua-dua barangan dan perkhidmatan), pengurangan pegangan asing bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) (berbeza dengan hutang kerajaan yang semakin meningkat) dan perubahan corak dalam pegangan mata wang asing.
"Kami yakin faktor-faktor ini mempunyai pengaruh terhadap pergerakan ringgit dalam jangka panjang berbeza dengan perubahan dalam sentimen pasaran yang sering digunakan sebagai alasan untuk pergerakan dalam pelaburan mata wang asing (Forex) dalam tempoh jangka pendek," katanya.
MIDF Research juga percaya komitmen kerajaan dalam penyatuan fiskal dan menambah baik pengurusan fiskal akan menyokong prestasi ringgit bagi jangka panjang.
Pergerakan ringgit juga dipengaruhi oleh aliran dana dalam negara, kata MIDF Research.
"Kami mendapati bahawa aliran masuk ke dalam pasaran ekuiti (berbanding aliran keluar daripada pasaran bon) mungkin berada di sebalik pengukuhan ringgit pada Disember tahun lepas. Aliran dana ini dipengaruhi oleh peralihan sentimen pasaran ke arah jangkaan yang semakin meningkat untuk pengurangan kadar faedah oleh Fed pada 2024," katanya.
Selepas pandemik, MIDF Research berkata pasaran bon mencatatkan aliran keluar pertama dalam empat tahun pada AS$5.8 bilion apabila kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Fed pada 2022 mengurangkan minat daripada pasaran bon.
Pasaran bon memperoleh minat pada 2023, mencatat aliran masuk AS$3.2 bilion apabila Bank Negara Malaysia (BNM) menstabilkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap prapandemik manakala penarafan kredit Malaysia kekal stabil.
Bagi pasaran ekuiti Malaysia, MIDF Research berkata ia telah menyaksikan kembali minat terhadap pasaran itu pada 2022 apabila ekonomi dibuka semula, mencatatkan aliran masuk pertama dalam tempoh empat tahun berjumlah AS$1.1 bilion.
"Kelemahan ringgit boleh dikaitkan dengan perubahan struktur dalam sektor perdagangan luar Malaysia dan sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terutamanya eksport bersih yang lebih kecil untuk produk utama dan pendedahan lebih tinggi kepada penyumbang defisit perdagangan dari segi perdagangan dengan pasaran utama seperti China.
"Pada asasnya, bahagian eksport barangan dan perkhidmatan kepada KDNK Malaysia kekal di bawah 80 peratus sejak 2012. Nisbah itu melebihi 80 peratus dari 1994-2011 dan sebenarnya melepasi 100 peratus pada 1998-2007," katanya.
Sehubungan itu, firma penyelidikan itu berkata nisbah eksport bersih kepada KDNK berada pada kadar dua digit untuk tempoh 14 tahun sejak 1998.
"Peralihan struktur makroekonomi daripada berorientasikan eksport kepada didorong domestik adalah antara faktor yang membawa kepada peralihan ini terutamanya selepas Krisis Kewangan Asia 1997-1998. Kami juga melihat perubahan struktur dalam sektor perdagangan luar Malaysia dari segi produk dan rakan dagangan," katanya.
Disebabkan lokasi dan juga sebahagian daripada rangkaian pengeluaran serantau, ia berkata Malaysia kini lebih terdedah kepada ASEAN dan China.
"Sementara itu, bahagian eksport dengan AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun masing-masing turun kepada 11.3 peratus, 7.9 peratus dan 6.0 peratus tahun lepas. Peralihan itu bukan sahaja mengenai perubahan destinasi perdagangan tetapi turut menjelaskan perubahan daripada menjadi punca lebihan kepada penyumbang defisit.
"Malaysia pernah dan kini sedang merekodkan lebihan dagangan dengan AS, EU dan Jepun. Bagaimanapun, bagi perdagangan dengan China, Malaysia mencatatkan nisbah defisit dua digit bagi imbangan perdagangan kepada nilai eksport," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024

MIDF Research juga percaya komitmen kerajaan dalam penyatuan fiskal dan menambah baik pengurusan fiskal akan menyokong prestasi ringgit bagi jangka panjang. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.

MIDF Research jangka Nestle terus berdepan tekanan kesan kelemahan perbelanjaan pengguna, inflasi
Jualan domestik dijangka kekal lemah kerana pengguna mengutamakan pembelian penting.

Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM202.4 juta minggu lepas
Bursa Malaysia terus menerima suntikan dana oleh pelabur asing bagi minggu kedua berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM202.4 juta minggu lepas, berbanding aliran masuk bersih RM535.0 juta

Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.

Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.

Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.

Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.

Kos pengeluaran syarikat F&B dijangka terus meningkat kesan ketidakstabilan harga komoditi global
Ketidakstabilan harga komoditi global seperti gula, koko dan biji kopi dijangka terus meningkatkan kos pengeluaran syarikat yang terlibat dengan industri makanan dan minuman (F&B).

Kadar inflasi 2024 boleh diurus - Kementerian Ekonomi
Peratus kenaikan ini adalah dalam lingkungan unjuran oleh MIDF Research bagi 2024, iaitu 3.2 peratus.