MICROSOFT menjadualkan satu acara khas pada 16 September ini, mengacah untuk memperkenalkan inovasi seterusnya Copilot pada acara berkenaan.


Ringkasan AI
  • Microsoft akan mengadakan acara khas pada 16 September untuk memperkenalkan inovasi terbaharu Copilot, dengan fokus pada integrasi kecerdasan buatan dalam Microsoft 365.
  • Penambahbaikan model kecerdasan buatan Copilot dijangka akan memperkenalkan lebih banyak ciri menarik dalam Microsoft 365.
  • Spekulasi menyatakan beberapa penjenamaan produk dengan Copilot juga akan diumumkan pada acara tersebut.


Melalui LinkedIn, acara berkenaan dilihat akan lebih memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan pada Microsoft 365.

Pihak Microsoft sedia melakukan integrasi Copilot pada Microsoft 365 sebelum ini, dan mungkin kita akan melihat lebih banyak ciri menarik melalui penambahbaikan model kecerdasan buatan berkenaan.

Di samping itu, mengikut beberapa spekulasi, beberapa penjenamaan produk dengan Copilot juga dijangka diumumkan pada acara berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 September ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Microsoft melalui acara berkenaan. -Amanz