KUALA LUMPUR: Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.


Ringkasan AI
  • Skype akan menamatkan operasi pada 5 Mei selepas 21 tahun beroperasi.
  • Microsoft menggalakkan pengguna beralih ke Microsoft Teams, dengan semua data dan kenalan boleh dipindahkan.
  • Pengguna dengan kredit Skype masih boleh menggunakannya dalam Microsoft Teams.


Menurut laporan CNBC, syarikat perisian Microsoft menggalakkan pengguna beralih ke aplikasi Microsoft Teams, yang ditawarkan secara percuma sebagai alternatif utama.

Sebagai perintis dalam teknologi panggilan audio dan video di web, Skype pernah menjadi platform utama pada awal era 2000-an.

Namun, ia gagal menyesuaikan diri dengan perubahan era digital, terutamanya dalam penggunaan mudah alih ketika pandemik.

Presiden Aplikasi dan Platform Kolaboratif Microsoft 365, Jeff Teper, menjelaskan pembangunan Microsoft Teams, yang diperkenalkan lapan tahun lalu, banyak mengambil inspirasi daripada teknologi Skype.

"Banyak inovasi dalam Teams dibangunkan berdasarkan pengalaman kami dengan Skype," katanya dalam temu bual bersama CNBC.

Teper turut memaklumkan bahawa pengguna juga berupaya  memindahkan semua kenalan dan data Skype ke Teams dengan log masuk ke aplikasi baharu itu.

Syarikat itu akan menghentikan penjualan langganan bulanan Skype, namun pengguna yang mempunyai kredit masih boleh menggunakannya dalam Microsoft Teams