Laporan rasmi yang ditunggu-tunggu oleh pasukan penyiasat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai kehilangan pesawat MH370 tidak memberi sebarang petunjuk baharu tentang mengapa pesawat itu hilang.
Ia sekali gus menimbulkan rasa marah dan kecewa dalam kalangan waris mangsa MH370.
Kebanyakan ahli keluarga mangsa berharap bahawa laporan pasukan penyiasat rasmi itu dapat memberi penemuan baharu setelah lebih empat tahun pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan kru itu hilang.
"Saya kecewa. Tiada apa-apa yang baharu dalam laporan itu," kata Intan Maizura Othman yang mana suaminya pramugara di dalam pesawat itu.
Pada 29 Mei lalu, Malaysia menghentikan pencarian tiga bulan oleh firma Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity, meliputi kawasan seluas 112,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi dan ditamatkan tanpa penemuan ketara.
Ia adalah pencarian terbesar kedua selepas Australia, China dan Malaysia menamatkan pencarian tanpa hasil menelan belanja AS$200 juta (RM812.91 juta) untuk kawasan seluas 120,000 kilometer persegi tahun lalu.
Dalam pada itu, pasukan penyiasat hari ini dalam satu sidang media mendedahkan laporan penuh siasatan berkata mereka gagal mengenal pasti punca satu daripada misteri terhebat dalam sejarah penerbangan dunia.
"Pasukan gagal mengenal pasti punca sebenar kehilangan MH370. Jawapan itu dapat dimuktamadkan jika bangkai pesawat ditemui," kata Ketua Pasukan Siasatan Keselamatan MH370, Datuk Kok Soo Chon.
Agensi
Mon Jul 30 2018

Grace Nathan (tengah) pada sidang media selepas taklimat laporan penuh siasatan tragedi pesawat MH370. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

A330neo Malaysia Airlines pesawat pertama tepati piawaian terkini pelepasan CO2
Sebanyak 20 pesawat A330neo yang dibeli oleh Malaysia Airlines merupakan pesawat pertama mendapat perakuan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) bagi piawaian baharu pelepasan karbon d

Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta

Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

ICAO putuskan dengar kes MH17 terhadap Rusia
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan untuk mendengar kes yang difailkan oleh Belanda dan Australia terhadap Rusia berhubung nahas pesawat MH17.

Malaysia kekalkan kerusi Ahli Majlis ICAO enam penggal berturut-turut
Ini menjadikan Malaysia kekal sebagai ahli Majlis ICAO untuk enam penggal berturut-turut sejak tahun 2007 dengan memperoleh 136 undi.

Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1
Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.

Malaysia-China setuju tingkat kekerapan penerbangan
Kuala Lumpur dan Beijing akan menyediakan ruang yang secukupnya untuk peningkatan penerbangan kelak.

Malaysia harap dapat kekal kerusi dalam Majlis ICAO
Malaysia berharap dapat mengekalkan kerusi dalam Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selepas rekod prestasi 15 tahun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Malaysia dapatkan sokongan LACAC untuk kekal sebagai Ahli Majlis ICAO
Ka Siong berkata beliau kini berada di Montevideo, Uruguay bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Ke-24 LACAC yang bermula Rabu ini.

Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT
Pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia mengikut peraturan ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).