Mesyuarat khas tiga negara antara Malaysia, China dan Australia akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan terkini penemuan dua serpihan pesawat yang didakwa milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang ditemui di Mozambique.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 berkata ketika ini dua serpihan itu telah dihantar ke Australia untuk diperiksa oleh pakar penerbangan ketiga-tiga buah negara.
"Sekarang ini kerjasama antara tiga negara masih berterusan dan setiap ketika kita dimaklumkan tentang penemuan beberapa serpihan pesawat, jadi untuk mengatakan serpihan berkenaan milik MH370, kepastian dan kesahihan perlu dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simposium Hala Tuju Destini Anak Bangsa di sini hari ini.
Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Usaha mencari pesawat itu sedang dilakukan di selatan Lautan Hindi.
Serpihan pertama ditemukan di Mozambique manakala serpihan kedua juga ditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.
Pada 24 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan berkata dua serpihan yang dijumpai di Mozambique itu hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan komponen pesawat Boeing 777.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penyebaran berita palsu pesawat MH020 milik Malaysia Airline System Berhad (MAB) terhempas di Paris, Jailani berkata penyebaran maklumat palsu akan terus wujud disebabkan masih ada masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
"Perkara berkenaan saya percaya dah diambil tindakan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menafikan hal tersebut...saya nasihatkan orang ramai supaya tidak terus percaya berita yang disebarkan dan hubungilah pihak berwajib untuk mengetahui dengan lebih sahih mengenai sesuatu berita," katanya.
Bernama
Sat Mar 26 2016
JAILANI: Kerjasama antara tiga negara masih berterusan.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
AsiaCyberX, program perintis keselamatan siber dilancarkan
Sedar tentang risiko serangan siber yang semakin menular, satu program dilancarkan hari ini bagi melahirkan pakar keselamatan siber untuk industri ekonomi digital.
Mana-mana pihak berkelayakan boleh mohon lesen perkhidmatan internet
Semua pemegang lesen tertakluk kepada peruntukan dan syarat pelesenan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan Perlesenan 2000 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).
Jangan dedah data peribadi di media sosial - Jailani
Memuat naik salinan kad pengenalan mangsa bencana atau kemalangan mendedahkan pemiliknya kepada risiko penipuan.
Wakil pembangkang sudah banyak diberi peluang untuk ke udara - Jailani Johari
Wakil pembangkang juga sudah diberi peluang untuk muncul di televisyen sama ada milik kerajaan atau swasta.
'Takkan hanya guna telefon sendiri untuk 'block' panggilan?'
Penggunaan telefon sendiri bagi menghalang panggilan-panggilan dan mesej-mesej yang tidak diingini (unsolicited calls and messages) bukan kaedah terbaik bagi melindungi data peribadi.
Pengitaran semula kad SIM membahayakan pengguna - Jailani
Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini sedang menjalankan kajian untuk mengekang kegiatan ini.
Pengguna jangan mudah dimanipulasi iklan murah di laman sosial - Jailani
Pengguna di negara ini diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah yang dipamerkan di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan siber.
Jangan rujuk 'pakar FB' bagi masalah peribadi, rumahtangga
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata tindakan menggunakan medium seperti itu hanya membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan.