KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Eropah (EC), Indonesia dan Malaysia telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas bersama untuk mengukuhkan kerjasama mengenai pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR), yang akan mengadakan mesyuarat sulungnya menjelang minggu pertama Ogos 2023.
Indonesia dan Malaysia sepakat bahawa pasukan petugas bersama EC akan menumpukan kepada komoditi berkaitan minyak sawit, kayu, getah, kopi serta koko, kata Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Pasukan petugas bersama itu terdiri daripada wakil kerajaan serta pihak berkepentingan dari kedua-dua negara termasuk persatuan komoditi, pekebun kecil, persatuan pekerja dan pertubuhan masyarakat sivil bagi meningkatkan dialog mengenai kebolehkesanan serta ketelusan rantaian bekalan.
Perkara-perkara tersebut mampu ditangani berdasarkan pendekatan khusus negara secara inklusif dan telus di bawah kerangka pasukan petugas bersama.
Katanya lagi, pasukan petugas bersama itu akan mengkaji keadaan komoditi yang berkaitan di Indonesia dan Malaysia dalam skop EUDR untuk pasaran EU.
"Ketiga-tiga rakan kongsi akan menetapkan akses tunggal serta mengadakan perbincangan dan memuktamadkan terma rujukan pasukan petugas bersama.
"Mengenai minyak sawit, Sekretariat CPOPC akan membuat penyelarasan dengan pegawai masing-masing di Indonesia dan Malaysia, bersama-sama dengan Direktorat Jeneral bagi Alam Sekitar Suruhanjaya Eropah dalam memastikan kemajuan pasukan petugas bersama bagi mencapai hasil yang diinginkan termasuk penyelesaian yang saksama untuk kejayaan pelaksanaan peraturan oleh semua pihak, " kata kenyataan itu.
Pasukan petugas khas itu adalah hasil daripada misi bersama yang diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Republik Indonesia, Airlangga Hartarto.
Melalui sokongan CPOPC, ia dilaksanakan untuk pertemuan dengan pemimpin politik EU di Brussels pada akhir bulan lepas.
Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua menteri menyatakan kebimbangan dengan EUDR yang baharu digubal. Mereka mengulangi kepentingan komoditi terutamanya minyak sawit, kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara, khususnya terhadap pekebun kecil.
EC menggariskan bahawa dasarnya merupakan reaksi terhadap komitmen antarabangsa bersama. Objektif utama adalah untuk memastikan bahawa Eropah tidak akan memacu penebangan hutan global melalui penggunaannya sendiri.
Selain itu, EU memberi jaminan kepada negara pengeluar bahawa mereka akan terus terlibat semasa proses berkenaan.
Naib Presiden Eksekutif untuk Perjanjian Hijau Eropah, Frans Timmermans serta Pesuruhjaya Alam Sekitar, Laut dan Perikanan, Virginijus Sinkevicius bersetuju dengan penubuhan proses penglibatan perundingan dengan kedua-dua Indonesia dan Malaysia untuk membincangkan kaedah termasuk cara praktikal pelaksanaan EUDR.
Sebagai susulan kepada misi bersama itu, Ketua Pengarah Alam Sekitar Suruhanjaya Eropah, Dr Florika Fink-Hooijer telah melawat Indonesia dan Malaysia.
Beliau bertemu dengan Timbalan Menteri Makanan dan Agrimakanan, Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Indonesia, Musdhalifah Mahmud termasuk wakil kerajaan Indonesia pada 27 Jun lepas dan Fadillah serta wakil kerajaan Malaysia pada 28 Jun.
Mesyuarat itu membuahkan kesepakatan bagi penubuhan pasukan petugas bersama. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2023
![Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633685714_kesatuaneropahEU.jpg)
EU memberi jaminan kepada negara pengeluar bahawa mereka akan terus terlibat semasa proses berkenaan. - Gambar fail/Reuters
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Mesyuarat kedua EUDR diharap terima pengiktirafan MSPO - TPM Fadillah Mesyuarat kedua EUDR diharap terima pengiktirafan MSPO - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698487320_FadillahYusof.jpg)
Mesyuarat kedua EUDR diharap terima pengiktirafan MSPO - TPM Fadillah
Mesyuarat kedua berhubung Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah yang akan diadakan Disember ini diharapkan akan dapat menerima pengiktirafan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
![Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633685714_kesatuaneropahEU.jpg)
Mesyuarat pasukan petugas bersama pertama EUDR akan berlangsung Ogos - CPOPC
EC, Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas bersama untuk mengukuhkan kerjasama mengenai pelaksanaan EUDR.
![EU, Malaysia teruskan perbincangan mengenai pasukan khas ad hoc EUDR EU, Malaysia teruskan perbincangan mengenai pasukan khas ad hoc EUDR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671523696_European.jpg)
EU, Malaysia teruskan perbincangan mengenai pasukan khas ad hoc EUDR
EU serta Malaysia merupakan rakan strategik yang berkongsi objektif yang sama untuk melindungi alam semula jadi dan biodiversiti, selaras dengan komitmen yang dibuat pada biodiversiti bersejarah COP15
![Minyak sawit di EU, pastikan pintu perdagangan terbuka untuk pekebun kecil Minyak sawit di EU, pastikan pintu perdagangan terbuka untuk pekebun kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671777659_kelapasawit.jpg)
Minyak sawit di EU, pastikan pintu perdagangan terbuka untuk pekebun kecil
Penting bagi Malaysia dan Indonesia untuk meneruskan permintaan mereka bagi memastikan jutaan pekebun kecil tidak terjejas.
![Delegasi Malaysia ke Brussel bincang kemelut sawit - TPM Fadillah Delegasi Malaysia ke Brussel bincang kemelut sawit - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683782299_TBFadillahYusof.jpg)
Delegasi Malaysia ke Brussel bincang kemelut sawit - TPM Fadillah
Kerajaan memberi jaminan isu pengeluaran sawit di negara ini tidak akan terjejas susulan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
![Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676645889_DatukSeriAnwarIbr.jpg)
Anwar gesa peraturan produk bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah dikaji semula
Anwar berkata Malaysia menghadapi sedikit kesukaran dalam siri rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk membincangkan perkara itu.