Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), termasuk prosiding terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh diadakan tanpa pengerusi baharu bagi menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamad yang menyertai Kabinet.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Peraturan Mesyuarat 77(3) memang membolehkan seorang anggota jawatankuasa dipilih bagi mempengerusikan mesyuarat apabila Pengerusi atau Naib Pengerusi tiada atas sebab keuzuran atau sebab lain.
Namun, katanya, peruntukan tersebut hanya terpakai dalam hal ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi tidak dapat hadir mesyuarat atas sebab-sebab tertentu dan bukannya atas sebab pengosongan jawatan.
"Tambahan pula bagi maksud menghindarkan apa-apa pertikaian atau isu berbangkit mengenai kesahan atau kesahihan prosiding PAC yang dijalankan semasa jawatan Pengerusi dikosongkan pada masa akan datang, adalah wajar mesyuarat PAC diadakan selepas jawatan Pengerusi baru diisi," katanya seperti dipetik oleh portal BNBBC.my.
Katanya, ini termasuk pengisian tiga lagi kekosongan anggota PAC membabitkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermiyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau yang turut menyertai Kabinet.
Pandikar Amin mengulas kenyataan Naib Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang menyatakan mesyuarat PAC boleh diteruskan walaupun kehilangan empat anggotanya dalam rombakan Kabinet pada Selasa.
Seng Giaw berkata, PAC mempunyai korum yang mencukupi untuk melakukan pendengaran mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Katanya, Nur Jazlan silap dalam menyatakan perbicaraan harus diberhentikan sehingga ahli baru dilantik pada Oktober.
Menurut Ahli Parlimen DAP Kepong itu, PAC masih mempunyai sembilan anggota untuk menjalankan tanggungjawab meneruskan siasatan terhadap 1MDB dan tidak sesuai untuk menghentikan siasatan pada ketika ini.
BACA: Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya
BACA: Apa yang kita tahu tentang siasatan PAC ke atas 1MDB?
Kelmarin, Nur Jazlan dilaporkan berkata, semua agensi sesi pendengaran PAC akan dihentikan buat sementara waktu sehingga terdapat penggantian bagi ahli-ahli yang telah diberi jawatan dalam kerajaan.
Nur Jazlan berkata, prosiding PAC hanya akan diteruskan selepas barisan baharu jawatankuasa diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang iaitu pada Oktober.
PAC sebelum ini mempunyai 13 ahli terdiri daripada lapan wakil rakyat Barisan Nasional dan lima pembangkang.
PAC dijadualkan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 4 dan 5 Ogos ini.
Manakala, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman yang berkhidmat dari Mac 2013 hingga Januari 2015 dipanggil pada keesokkannya.
Astro Awani
Thu Jul 30 2015
PANDIKAR: Peraturan Mesyuarat 77(3) memang membolehkan seorang anggota jawatankuasa dipilih bagi mempengerusikan mesyuarat apabila Pengerusi atau Naib Pengerusi tiada atas sebab keuzuran atau sebab lain. - Gambar Fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Mahkamah diberitahu PAC tidak salahkan Arul Kanda berhubung salah urus 1MDB
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu PAC tidak menyalahkan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi salah urus syarikat dana kekayaan kedaulatan itu pada 2016.
Siasatan 1BestariNet tiada campur tangan mana-mana pihak - SPRM
Siasatan SPRM terhadap YTL membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet dilakukan berdasarkan maklumat laporan JKSTUPKK.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
PAC cadang NRES pinda Akta Pembangunan Mineral, kenakan tindakan perlombongan haram
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meminda Akta Pembangunan Mineral 1994 (Akta 525).
Isu HRD Corp: KESUMA diminta bentang penemuan juruaudit bebas pada PAC
PAC mahu KESUMA membentangkan penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap HRD Corp pada September ini.