KUALA LUMPUR: Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi dengan lebih 735 kluster membabitkan hampir 60,000 kes direkodkan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas, kata Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 373 atau 50.7 peratus kluster melibatkan subkategori pengilangan dengan 35,642 kes.
"Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding kluster-kluster dalam kategori lain bagi tempoh yang sama," katanya ketika menjawab isu berbangkit berkenaan PPN di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata penetapan kategori kluster-kluster adalah untuk mengenal pasti lokasi atau lokaliti agar tindakan bersasar kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama institusi terlibat.
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI
BACA LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) kemudian bangkit mempersoalkan tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan kilang dibuka tanpa kawalan sehingga menjadi punca kepada peningkatan kes COVID-19 di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bangun menjawab dakwaan itu berkata keputusan membenarkan kilang-kilang beroperasi dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau berkata peranan MITI hanya untuk mengkoordinasi supaya pihak yang dibenarkan dapat beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Mohamed Azmin juga menunjukkan plakad yang memaparkan data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), antaranya menyatakan hanya 8.8 peratus kes baharu bagi sektor pembuatan direkodkan daripada 408,134 kes COVID-19 di seluruh negara sepanjang tempoh 1 Jun hingga 23 Julai lepas.
Terdahulu, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Ahli-Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Tengku Zafrul menjawab soalan-soalan dibangkitkan mereka dan bukannya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan penerangan mengenai PPN ketika sidang khas berkenaan pada sebelah pagi.
Dalam kekecohan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangun menjelaskan bahawa Tengku Zafrul menjawab atas kapasitinya sebagai Menteri Penyelaras PPN memandangkan topik yang dibincangkan adalah berkaitan pelan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![Mesyuarat Khas Parlimen: Kluster tempat kerja catat jumlah kes COVID-19 tertinggi - Tengku Zafrul Mesyuarat Khas Parlimen: Kluster tempat kerja catat jumlah kes COVID-19 tertinggi - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627303872_TengkuZafrul.jpg)
Tengku Zafrul berkata penetapan kategori kluster-kluster adalah untuk mengenal pasti lokasi atau lokaliti agar tindakan bersasar kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 dapat dilaksanakan. - Gambar fail
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun memohon setakat ini
Hanya 16,000 daripada 300,000 pekebun kecil memohon bantuan Budi Agri-Komoditi setakat ini, yang membolehkan mereka menerima insentif bulanan sebanyak RM200.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara masalah yang dikenal pasti adalah pekebun kecil tidak mendapat maklumat berhubung bantuan itu, tidak tahu cara mendaftar, atau tiada kemudahan seperti capaian internet dan komputer.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723553013_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
![Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19 Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723164238_NoahLyles.jpg)
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
![[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia [KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19 Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722334055_LaniPallister.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
![Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19 Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696492107_JoeBiden.jpg)
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721785411_JoeBidenAirForce.jpg)
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
![Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.