Pertemuan antara kedua-dua Menteri Pengangkutan Malaysia dan Singapura bagi membincangkan urusan berkaitan ruang udara yang melibatkan Pasir Gudang, dijangka berlangsung pada 24 Jan ini.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di sini sejak Ahad untuk lawatan dua hala ke republik ini.
Pada 8 Jan, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Kawasan Larangan oleh Malaysia dan pelaksanaan prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) oleh Singapura untuk Lapangan Terbang Seletar, kedua-duanya melibatkan ruang udara Pasir Gudang.
Ketika di sini, Mohamed Azmin bertemu tiga Menteri Singapura termasuk Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.
BACA: Singapura mengalu-alukan inisiatif Azmin adakan lawatan
Dalam pertemuan tersebut, Mohamed Azmin berkata Khaw telah memberikan beberapa fakta dan hujah berkaitan isu ruang udara tersebut.
"Saya akan bawa perkara ini kepada Menteri Pengangkutan kita Anthony Loke. Saya berharap pertemuan (mereka) ini sebagai satu permulaan yang baik untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia memberikan kebaikan ekonomi kepada kedua-dua negara," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Selain isu berkaitan ruang udara di Pasir Gudang, Mohamed Azmin berkata ruang dan peluang untuk Firefly mendapatkan lebih slot penerbangan melalui Lapangan Terbang Seletar, turut dibincangkan.
"Singapura menyambut dengan sikap cukup positif untuk membenarkan Firefly mendapatkan slot yang lebih, tetapi isu ILS hendaklah diselesaikan terlebih dahulu untuk memenuhi keperluan Firefly," katanya.
Menurut Azmin ini merupakan peluang terbaik untuk Firefly membuka destinasi penerbangan yang lebih luas ke bandar-bandar yang kecil. Ini dapat memberikan peluang ekonomi kepada kedua-dua negara untuk tingkatkan industri pelancongan.
"Saya percaya semangat kerjasama sedia ada ini merupakan satu asas yang baik untuk selesaikan perkara yang menjadi kepentingan bagi kedua-dua negara," katanya.
BACA: Malaysia-Singapura setuju gantung pelaksanaan RA dan ILS
Firefly menggantung operasinya ke Singapura mulai 1 Dis, berikutan ia tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk beralih ke Lapangan Terbang Seletar dari Lapangan Terbang Changi.
Di Lapangan Terbang Changi, Firefly, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, menawarkan 20 penerbangan harian ke dan dari Subang, Ipoh dan Kuantan.
BACA: Firefly beroperasi dari Lapangan Terbang Seletar akhir 2018
Selain berkaitan Firefly, projek Sistem Transit Rapid antara Woodlands dan Johor Bahru turut dibangkitkan oleh Menteri Pengangkutan Singapura dalam pertemuan itu.
"Kesemua ini memang kita bincangan untuk mencari jalan penyelesaian," kata Mohamed Azmin.
RTS yang boleh mengurangkan kesesakan sehingga 15 peratus di Tambak sejauh 1 km, dijadual siap pada 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 14 2019

MOHAMED AZMIN: Saya percaya semangat kerjasama sedia ada ini merupakan satu asas yang baik untuk selesaikan perkara yang menjadi kepentingan bagi kedua-dua negara. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.

Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.

MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.

Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing
Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk.

Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.

Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini
Pelanggan boleh mendapatkan tambang serendah RM69 sehala dengan penerbangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800.

Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!

Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi
MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89.