PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Khamis, rundingan itu tertumpu kepada pengukuhan hubungan diplomatik yang berkekalan antara Malaysia dan China, yang meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun ini serta ulang tahun ke-11 Perkongsian Strategik Komprehensif.
Selain Wang, Mohamad juga mengadakan pertemuan dengan Liu Jianchao, Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai kanan Parti Komunis China.
"Interaksi ini bertujuan untuk memperdalam dialog politik dan meneroka jalan bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan China.
"Lawatan Menteri Luar ke China telah mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan China, sekali gus menetapkan trajektori positif bagi kerjasama masa depan merentasi pelbagai sektor," menurut kenyataan itu.
Lawatan itu juga memberi peluang kepada Menteri Luar untuk berhubung dengan diaspora Malaysia di China, menekankan peranan penting hubungan rakyat dengan rakyat dalam mengukuhkan hubungan dua hala.
China mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, dengan perdagangan dua hala berjumlah RM450.84 bilion (US$98.80 bilion) pada 2023, hubungan ekonomi yang kukuh ini terus memupuk pertumbuhan dan kemakmuran bagi kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Selain Wang, Mohamad juga mengadakan pertemuan dengan Liu Jianchao, Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai kanan Parti Komunis China. - Gambar fail/Bernama

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

ASEAN sasar muktamadkan rundingan ATIGA yang dinaik taraf menjelang 2025
Negara-negara ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan bagi Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dinaik taraf menjelang 2025.

Krisis di Myanmar perlu ditangani dengan berhati-hati - Mohamad
Mohamad menekankan keperluan ketelitian dalam menangani isu tersebut, mengambil kira sifat konflik yang kompleks.

Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.

Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula
Delegasi Hamas dijangka tiba di Kaherah pada Sabtu untuk rundingan dengan pegawai Mesir mengenai gencatan senjata di Gaza.

190 tawanan dibebas susulan usaha perantaraan kesembilan UAE
Pertukaran tawanan baharu antara Rusia dan Ukraine menyaksikan pembebasan seramai 190 tawanan, menjadikan jumlah keseluruhan pertukaran menerusi usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 2,184 orang.

Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.

Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.

Isu di Laut China Selatan perlu diselesai menerusi dialog dan rundingan
Malaysia turut memainkan peranan sebagai negara koordinator dengan China bagi sebarang isu yang berbangkit mengenai Laut China Selatan.

Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."

Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.