DENGKIL: Semua pihak perlu menghormati hak prerogatif Perdana Menteri dalam melantik menteri Kabinet seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah seorang yang sangat konsultatif terutama dalam urusan pelantikan sebagai menteri Kabinet.
"Pelantikan dan pengguguran menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Ini termaktub di bawah Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
"Kalau boleh dalam soal (pelantikan menteri Kabinet) ini, kita perlu letakkan kepercayaan kepada Perdana Menteri dan biar dia tentukan.
"Kita biarkan perkara itu kepada beliau, dia ada kebijaksanaan sendiri dan bayangkan, beliau satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya wujudkan memorandum kerjasama (MoU) yang tidak pernah terjadi sebelum ini," katanya ketika ditanya pemberita berhubung pelantikan menteri Kabinet susulan Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada LBS Bina Group Berhad (LBS) di sini, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan menyertai PBM dan beliau akan berjumpa Ismail Sabri dalam masa terdekat, untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Susulan itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata parti itu akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat, untuk dilantik sebagai anggota Kabinet bagi menggantikan Zuraida yang mengumumkan keluar parti berkenaan.
BACA: Muhyiddin akan kemuka nama baru kepada PM ganti Zuraida dalam Kabinet
Muhyiddin berkata tindakan itu diambil, memandangkan kedudukan Zuraida sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah atas kuota parti itu.
Pada majlis itu, Reezal Merican menyaksikan penyerahan sijil MBOR iaitu Syarikat Pemaju Yang Mempunyai Bilangan Rumah Contoh Terbanyak Di Dalam Galeri Jualan untuk Projek Perumahan kepada LBS Bina Group Berhad.
Sijil MBOR itu diserahkan Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong kepada Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad Tan Sri Lim Hock San.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada LBS Bina Group Berhad (LBS) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Menteri Kabinet ajak orang ramai pertahan kemerdekaan, kukuhkan perpaduan
Usaha mencapai kemerdekaan bukanlah suatu yang mudah, dan untuk itu rakyat Malaysia harus mempertahankannya.

Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal
ADUN Merlimau itu menegaskan, selagi kepercayaan berkenaan belum diperoleh semula, beliau akan memilih untuk berada di luar Kabinet.

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Semua menteri Kabinet diarah jalani ujian COVID-19
Semua menteri Kabinet telah diarahkan untuk membuat ujian saringan COVID-19 susulan dua menteri disahkan positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

COVID-19: Potong gaji menteri 30 peratus tidak akan bantu kurangkan beban kerajaan - Pensyarah
Mujibu Abd Muis berpendapat bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk merancakkan semula ekonomi negara dan membasmi wabak COVID-19.

Jawatan Speaker, tempat duduk Ahli Parlimen antara tumpuan hari pertama Dewan Rakyat Isnin ini
Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin ini dengan sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.

Isu Gojek: Pemandu teksi bimbang bakal hilang mata pencarian
Kamarudin berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.

Anwar sangkal dakwaan jadi dalang penyebaran video intim
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau merupakan dalang di sebalik penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Video intim: 'Pemuda UMNO tidak terlibat isu seperti ini'
Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya bahawa pergerakan itu merupakan dalang kepada tersebarnya video tular video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri Kabinet.

Polis panggil Shamsul Iskandar beri keterangan petang ini
Beliau berkata, pasukan polis dari Bukit Aman menghubungi pejabatnya pada Khamis dan meminta beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka petang ini.