Keputusan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek di negara ini akan menyebabkan pemandu teksi hilang mata pencarian.
Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, keputusan tersebut tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira pandangan pemandu teksi terlebih dahulu.
“Keputusan ini akan menyebabkan mata pencarian pemandu teksi akan hilang dan lebih teruk keselamatan pengguna terjejas dan berisiko tinggi.
“Kami amat kecewa dan terkilan kerana masalah teksi e-hailing pun tak mampu diselesaikan, inikan pula perkhidmatan teksi motosikal.
"Apa hendak jadi dengan industri pengangkutan awam di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
BACA: Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
BACA: Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq
Kamarudin berkata, pihaknya tidak menolak kemajuan teknologi, namun kerajaan perlu memastikan perkhidmatan yang diperkenalkan itu mestilah mengikut lunas undang-undang dan menjaga keselamatan penumpang.
“Jika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh luangkan masa bertemu dengan menteri Kabinet bagi mendengar penerangan tentang teksi motosikal, sepatutnya Dr Mahathir juga meluangkan masa berjumpa kami dan mendengar segala masalah kami,” katanya.
Sinar Harian
Thu Aug 22 2019

Kerajaan disarankan mengambil pandangan pemandu teksi terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkhidmatan Gojek. Gambar kecil: Kamarudin. Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.

GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.

Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.

Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing
Dasar semasa tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon PSV E-Hailing.

Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.

Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.

Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.

Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.

Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.

Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.