KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan turut mendapati berlaku salah faham berkaitan kejadian tersebut.
"Hasil siasatan mendapati suspek berumur 26 tahun itu merupakan seorang pemandu e-Hailing yang sah dan mengalami masalah pendengaran.
"Suspek mendakwa tersalah jalan disebabkan masih baru dan cuba membuat pusingan U di Jalan Temasya, masa sama mangsa telah membuka pintu kereta sebelum keluar dari kenderaannya," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, suspek kemudian meneruskan perjalanan kerana ada permintaan pelanggan lain.
"Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana kejadian ini lebih kepada salah faham.
"Mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini setelah mengetahui kejadian sebenar," katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terburu-buru untuk mengeluarkan kenyataan khususnya menerusi media massa bagi mengelakkan berita tidak benar.
Pada Sabtu, tular di media sosial berkaitan kejadian melibatkan seorang wanita mendakwa dilarikan pemandu e-hailing.
Kejadian tersebut dipercayai dikongsikan seorang individu mendakwa kejadian berlaku melibatkan pekerjanya yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, di sini.
Wanita tersebut mendakwa pekerjanya itu menghubunginya meminta bantuan selepas terjun dari kereta berkenaan untuk menyelamatkan diri. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 01 2023
![Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696133432_TBpdrm.jpg)
Siasatan PDRM turut mendapati berlaku salah faham berkaitan kejadian tersebut. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
![Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732440313_tbFahmiFadzil.jpg)
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
![GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731751618_TBGV.jpg)
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
![Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721563535_ahmadmukhlismukhta.jpg)
Seorang maut, dua cedera kereta dinaiki dilanggar lori
Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Bestari, Klang, di sini hari ini.
![Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720592053_Grab.jpg)
Parlimen: OKU miliki lesen memandu kelas D/DA boleh mohon lesen PSV e-hailing
Dasar semasa tidak menghalang Orang Kurang Upaya (OKU) dari kategori pendengaran termasuk pertuturan yang memiliki kad OKU dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) Kelas D/DA untuk memohon PSV E-Hailing.
![Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715893775_SafieaDania.jpg)
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
![Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709421206_Penghantarmakanan.jpg)
Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.
![Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705926367_TBFAHMIFADZIL.jpg)
Pakej khas telekomunikasi untuk pekerja e-hailing, p-hailing diumum esok - Fahmi
Fahmi berkata hasil perbincangan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif semua syarikat telekomunikasi hari ini telah mencapai kata putus.
![Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699940897_AnthonyLoke.jpg)
Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
![Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696133432_TBpdrm.jpg)
Kejadian wanita terjun kenderaan e-hailing cuma salah faham
Pemandu e-hailing yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang wanita terjun dari kenderaan yang dinaikinya di Jalan Temasya Glenmarie, Rabu lalu disahkan orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
![Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636211762_TBPerkeso.jpg)
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.