KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig yang diumumkan kerajaan semalam akan memastikan pekerja sektor itu mendapat perlindungan dan menikmati manfaat seperti pekerja formal di bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah Dr Jain Yassin berkata dengan adanya suruhanjaya itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) seperti dilakukan pekerja formal.
"Selain itu, ia akan menyelesaikan isu dihadapi penggiat industri gig dan pekerja, terutamanya berkenaan sistem bayaran yang lebih adil supaya nanti mungkin dapat diperkenalkan perlindungan gaji minimum kepada mereka," katanya kepada Bernama semalam.
Menurutnya, ketiadaan badan atau kumpulan memperjuang nasib pekerja ekonomi gig terutama dalam isu kekurangan perlindungan sosial dan gaji yang adil, menyebabkan pekerjaan gig dianggap pekerjaan bersifat sementara walaupun pada hakikatnya permintaan terhadap perkhidmatan seperti Foodpanda dan GrabFood semakin tinggi.
Dari segi rangka kerja kawal selia suruhanjaya itu pula, Jain menjangkakan ia mungkin hampir sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tetapi lebih bersifat 'pasaran bebas' yang mempunyai sedikit kawal selia.
"Pasaran bebas maksudnya kadar upah mungkin masih lagi berdasarkan mekanisme penawaran-permintaan kerana kita perlu faham, pemain industri adalah dalam kalangan pihak swasta yang berorientasikan keuntungan. Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh menyediakan insentif percukaian bagi memberikan kapasiti kepada majikan untuk memperbaiki skim pekerja," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Putrajaya semalam mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig itu bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA) Daryl Chong berharap penubuhan suruhanjaya itu dapat menangani isu pemandu perkhidmatan e-hailing dan penghantar makanan (p-hailing) yang diberhentikan secara tidak munasabah oleh syarikat pengendali masing-masing.
"Tanpa melalui perbicaraan yang adil, ada daripada mereka diberhentikan dalam tempoh 24 jam sekiranya kes dilaporkan pelanggan kepada syarikat dianggap serius manakala untuk kes lebih ringan, mungkin mereka digantung sehari atau dua hari bergantung kepada siasatan, namun kebiasaannya siasatan ini bersifat sebelah pihak.
"Pekerja tidak berpeluang untuk mempertahankan diri. Oleh itu, dalam hal ini, saya percaya suruhanjaya itu akan membantu kerana jika mereka (syarikat) ingin memberhentikan penunggang, mereka harus mengikuti proses yang betul termasuk mengadakan inkuiri pendengaran domestik sebelum seseorang itu diberhentikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024

Antara lain, penubuhan suruhanjaya pekerja gig diharap dapat menangani isu pemandu perkhidmatan dan penghantar makanan yang diberhentikan secara tidak munasabah oleh syarikat pengendali masing-masing. - Gambar hiasan/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong

Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.

PM Anwar setuju wujudkan suruhanjaya untuk lindungi pekerja gig
Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.

Peruntukan besar kepada usahawan rancakkan pembangunan PMKS - Ewon
Peruntukan pembiayaan yang besar oleh kerajaan kepada komuniti usahawan diyakini akan merancakkan lagi pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.

Belanjawan 2024: Gandakan usaha bawa pekerja gig sertai skim simpanan persaraan arus perdana - Pakar ekonomi
Ini disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan ancaman daripada penipu kewangan, yang boleh menjejaskan kebajikan jangka panjang pekerja gig.

Perkeso perkenal Standard Malaysia berkait keselamatan jalan raya bagi pekerja gig
Ia ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.

Pekerja gig: Kerajaan peruntuk RM42 juta untuk Program Bina Kerjaya
Pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif perlu dilaksanakan dalam era ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar.

Ada keperluan kaji kadar upah p-hailing - Pakar ekonomi
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini.

KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.