PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang bapa 10 anak menjalani hukuman penjara 11 tahun bermula dari tempoh tahanan reman, atas 25 kesalahan menipu dan salah guna harta melibatkan kerugian hampir RM200,000.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk P. Ravinthran sebulat suara memerintahkan Azmi Mat Hussin, 51, menjalani hukuman penjara bermula 15 Nov 2018 dengan mengambil kira tempoh remannya selama setahun dan 13 hari, sekali gus mengurangkan tempoh pemenjaraan yang sedang dijalaninya.
"Rayuan atas hukuman dibenarkan untuk sebahagian, tarikh dalam perintah berkenaan dua kes kini dibacakan sebagai 27 Nov 2019 dipinda kepada 15 Nov 2018, iaitu tarikh reman. Kesannya perayu akan menjalani hukuman penjara keseluruhannya 11 tahun yang kini bermula 15 Nov 2018," kata Hakim Ravinthran yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah.
Hakim Ravinthran turut mengurangkan jumlah sebatan yang diterima tertuduh daripada 25 sebatan ke 24 sebatan, mengikut Seksyen 288(5) Kanun Tatacara Jenayah (CPC), yang menyatakan 24 sebatan adalah jumlah maksimum sebatan yang dibenarkan mengikut kanun tersebut.
"Memandangkan kesalahan jenayah yang dilakukan jenayah komersil di bawah Seksyen 403 dan 420 Kanun Keseksaan, mengikut Seksyen 288(4) CPC, sebatan yang akan dikenakan ialah dengan cara disiplin sekolah iaitu menggunakan rotan halus," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud manakala tertuduh diwakili peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Pada 27 Nov 2019, Mahkamah Majistret Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 25 sebatan, selepas Azmi mengaku bersalah atas 25 kesalahan menipu dan salah guna harta serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan (27 Nov 2019).
Lelaki itu kemudian merayu terhadap hukuman tersebut, namun pada 20 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya, dan mengekalkan hukuman berkenaan.
Azmi didakwa atas 22 pertuduhan menipu tiga individu dengan menawarkan telefon bimbit, kereta dan motosikal yang tidak wujud dan lebih rendah daripada harga pasaran, sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM187,700 ke dalam akaun banknya di sekitar Shah Alam, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur pada November dan Disember 2017, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dia turut berdepan tiga tuduhan menyalahgunakan harta curi iaitu wang berjumlah RM12,000 milik seorang wanita, sebagai bayaran mendapatkan sebuah motosikal di sebuah bank di Melaka antara 13 dan 27 Dis 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk P. Ravinthran sebulat suara memerintahkan Azmi Mat Hussin, 51, menjalani hukuman penjara bermula 15 Nov 2018. - Fail/Bernama
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Mahkamah Rayuan putuskan dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 sah
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri dan empat lagi untuk mengembalikan semula dua peruntukan dalam Akta Ekstradisi 1992 yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
Kedah failkan rayuan, pertahan keputusan tutup premis judi
Muhammad Sanusi berkata, setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.
Mahkamah Rayuan: Lelaki bunuh pencuci rumah warga Indonesia dipenjara 35 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati dijatuhkan terhadap seorang lelaki berusia 41 tahun kepada penjara 35 tahun, kerana sabitan membunuh seorang pencuci rumah warga Indonesia pada 2017.
Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.