Bidang ekonomi bukanlah satu-satunya kekuatan Profesor Diraja Ungku Aziz, sebaliknya Allahyarham turut terkenal memperjuangkan bahasa Melayu sehingga dilantik sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.
- Dilantik sebagai Pengarah DBP dan berkhidmat dari tahun 1956 hingga 1957.
- Memindahkan DBP dari Johor ke Kuala Lumpur pada 10 Julai 1957. Tindakan beliau ini amat penting kerana Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran dan dijangka segala urusan menjadi lebih lancar dan mudah.
- Allahyarham memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan tugas utama Balai Pustaka dengan menerbitkan hasil kesusasteraan dan persuratan Melayu serta menjaga hal ehwal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- DBP sendiri pernah menerbitkan sebuah buku berjudul Riwayat Ungku Aziz yang diitulis oleh Asmah Omar. Buku ini terdiri daripada lapan bab yang menerangkan tentang latar belakang Ungku Aziz, susur galur dan salasilah beliau, ketokohan, kepimpinan serta jasa beliau kepada pembangunan Malaysia.
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset untuk masa depan yang lebih baik. Berikut adalah antara cetusan minda yang direalisasikannya:
- Sepanjang hayatnya, Allahyarham menulis lebih daripada 50 buah buku mengenai isu ekonomi dan sosial.
- Pada 1988, Ungku Aziz pernah menyuarakan agar pihak penerbit menurunkan harga buku agar lebih ramai orang mampu membeli sekali gus menggalakkan budaya membaca.
- Mencetuskan idea untuk penubuhan pusat Hak Asasi Sains Universiti Malaya (UM).
- Sejak tahun 1980-an, Ungku Aziz aktif mempromosikan kajian sastera dan warisan intelektual orang Melayu.
- Allahyarham juga bertanggungjawab memperkenalkan kursus Tamadun Islam sebagai kursus pilihan yang ditawarkan kepada semua pelajar sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam.
BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak
BACA: Pemergian Prof Ungku Abdul Aziz kehilangan besar buat warga koperasi - Angkasa