KUALA LUMPUR: Lebih 12,000 mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah menikmati manfaat RM300 tunai menerusi inisiatif #DIY4UM untuk pembelian keperluan harian dan peralatan pembelajaran.
Bantuan tersebut telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.
Selain sumbangan itu, 11,000 pelajar terawal yang menggunakan dana berkenaan layak mendapat pulangan tunai RM10 apabila mereka berbelanja minimum RM20 menggunakan e-dompet Touch 'n Go di cawangan kumpulan kedai MR D.I.Y., laman dalam talian MR D.I.Y. atau program mini MR D.I.Y. yang tersedia menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet.
Inisiatif kerjasama bersama antara MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), Touch 'n Go Group (Touch 'n Go) dan UM ini, menyaksikan peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia mengagihkan lebih RM3.6 juta untuk membantu mahasiswa bersiap sedia untuk pulang ke kampus.
Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y Adrian Ong berkata kumpulan itu menyedari bahawa pelajar univesiti merupakab antara golongan yang teruk terkesan dengan bencana banjir.
"Kami menyedari, ketika pelajar mula kembali ke kampus selepas pandemik, ramai yang memerlukan bantuan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan keperluan harian, bahan pembelajaran dan barangan pelindung diri. Untuk melancarkan urusan pelajar kembali ke kampus, kami memutuskan untuk melancarkan inisiatif #DIY4UM.
"Inisiatif kami ini disokong oleh Touch 'n Go, yang membantu menguruskan pengagihan bantuan melalui platform e-dompet Touch 'n 'Go.
"Ucapan terima kasih dan penghargaan kami tujukan kepada pasukan Touch 'n Go, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch 'n Go Group Effendy Shahul Hamid, kerana bekerja tanpa jemu bersama pasukan kami untuk menjadikan proses pengagihan bantuan tunai ini berjalan lancar dan berkesan," katanya.
Sementara itu, Effendy Shahul berkata mereka amat berbesar hati terlibat dalam program tersebut dan berharap ia dapat memotivasikan pelajar UM untuk berusaha ke tahap yang lebih tinggi dalam pencapaian akademik mereka.
Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Syukor pula mengucapkan terima kasih kepada MR D.I.Y. atas sumbangan ikhlas yang membolehkan pelajar membeli barangan keperluan mereka sebelum memulakan semester baharu.
"RM300 mungkin sedikit bagi sesetengah orang, tetapi buat 12,000 mahasiswa kami, ia amat dihargai. Bantuan itu sangat bermakna dengan Touch 'n Go' menjadikan proses tuntutan pelajar kami lebih lancar dan dengan promosi tambahan. Sekali lagi, terima kasih MR D.I.Y dan Touch 'n Go," katanya.
Dalam pada itu, wakil pelajar UM, Wan Afiq Ikhwan Wan Alias berkata bagi sesetengah pelajar, persediaan memasuki semester baharu agak mencabar, namun melalui bantuan inisiatif #DIY4UM ini, ia tepat pada masanya sekali gus dapat meringankan beban mereka.
"Kami bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh MR D.I.Y. kerana ia membantu pelajar membeli keperluan pendidikan kami. Stres sudah pun hilang dan kini tiba masanya untuk kami fokus kepada pelajaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022

Prof Datuk Mohd Hamdi Abd Syukor mengucapkan terima kasih kepada MR D.I.Y. atas sumbangan ikhlas yang membolehkan pelajar membeli barangan keperluan mereka. - Facebook/Universiti Malaya

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.