KUALA LUMPUR:Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman.
Menerusi kenyataan hari ini, Abdul Aziz memaklumkan proses pendaftaran bagi pelajar berkenaan akan dilakukan secara dalam talian.
"Dengan mengambil kira situasi terkini kes positif COVID-19 yang meningkat, UM memutuskan supaya pendaftaran secara bersemuka atau fizikal bagi pelajar (baharu dan lama) ditangguhkan," katanya.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini.
Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad turut mencadangkan penangguhan sama melibatkan pelajar dari kawasan yang dikelaskan sebagai zon merah jangkitan COVID-19.
Mengenai pelajar yang dalam perjalanan ke kampus, Abdul Aziz berkata pelajar berkenaan dibenarkan mendaftar di kolej kediaman atau menangguhkan perjalanan dan kembali semula ke kampus pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Pelajar-pelajar lama perlu menangguhkan kepulangan ke kampus dan mendaftar kursus secara dalam talian. Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti pengajian akademik, mereka boleh kekal berada di kampus," katanya.
Di PULAU PINANG, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memperkenalkan proses pendaftaran secara pandu lalu bagi pelajar baharu yang hanya mengambil masa tiga minit.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM Profesor Dr. Aldrin Abdullah berkata, kaedah yang julung kali diperkenalkan itu merangkumi semua proses termasuk saringan kesihatan, pendaftaran dalam talian melalui MyDaftar, taklimat ringkas pembelajaran secara atas talian, sehinggalah ke urusan akhir menurunkan barang-barang di desasiswa (asrama).
"USM turut memperkenalkan MyDaftar iaitu satu sistem pendaftaran dalam talian yang hanya mengambil masa kurang dari lima saat. Ia satu sistem yang sangat inovatif dan pertama kali diperkenalkan di USM.
"USM cuba mengambil jalan terbaik dalam keadaan negara kembali berdepan dengan gelombang COVID-19 yang agak membimbangkan, dan cuba menyesuaikannya dengan langkah-langkah proaktif yang dapat memudahkan semua pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, USM telah mengambil langkah drastik dengan mengubah pelan asal untuk menjalankan pendaftaran secara bersemuka kepada pendaftaran dalam talian berkuatkuasa semalam untuk sidang akademik 2020-2021.
Aldrin Abdullah berkata pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar dengan diberikan tiga pilihan utama iaitu mendaftar dan terus mengikut waris pulang ke rumah, mendaftar kemudian meletakkan barangan di asrama dan pulang atau mendaftar dan terus tinggal di asrama.
Hari pertama sesi pendaftaran pada pagi ini telah menyaksikan lebih 200 orang pelajar baharu telah mendaftarkan diri di kampus induk USM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 02 2020

Proses pendaftaran bagi pelajar berkenaan akan dilakukan secara dalam talian.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

MTDC, UMS meterai MoU perkasa penyelidikan dan keusahawanan teknologi
Malaysian Technology Development Corporation menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sabah bertujuan memperkukuh ekosistem pembangunan teknologi, khususnya di Sabah.
![[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa? [KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/41536253475_work.jpg)
[KOLUMNIS] Graduan muamalat nak kerja apa?
Peluang kerjaya bagi graduan muamalat termasuk perbankan Islam, takaful, institusi zakat dan wakaf, serta konsultan kewangan Islam.

Kempen keselamatan dalam talian antara program 'flagship' tahun ini - Fahmi
Kempen ini dimulakan dengan fokus kepada Universiti Awam (UA) dan akan melibatkan pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menyebarkan mesej keselamatan dalam talian.

Polis terima laporan kes simbah cat merah di kedai serbaneka UM
Difahamkan kejadian itu ada kaitan dengan isu penjualan produk sandwich ham dan keju yang mencetus kontroversi, baru-baru ini.

Kes pukul: 12 pelajar IPTA bebas dengan jaminan polis
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.

Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.