UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Mengenang Tun Daim: Dr Zulkifli sifatkan kehilangan Allahyarham tiada galang ganti

Pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada usia 86 tahun merupakan kehilangan besar seorang tokoh ternama yang tiada galang gantinya.

Khalis Khadir
Wed Nov 13 2024
Mengenang Tun Daim: Dr Zulkifli sifatkan kehilangan Allahyarham tiada galang ganti
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi kenangan bersama Allahyarham Tun Daim sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada usia 86 tahun hari ini merupakan kehilangan besar seorang tokoh ternama yang tiada galang gantinya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan sedemikian dengan berkongsi kenangan bersama Allahyarham sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau menceritakan pertemuan bersama tokoh politik dan ahli perniagaan itu berlangsung di Menara Ilham, Kuala Lumpur dengan dihadiri tokoh ternama dalam Majlis Penasihat Kerajaan iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Tan Sri Robert Kuok dan Professor Jomo Kwame Sundaram.

Zulkifli kemudian membentangkan salah satu idea utamanya untuk mewujudkan akta tersendiri bagi Mufti Wilayah Persekutuan supaya tidak bergantung kepada Akta 505.

"Perancangan saya untuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melibatkan usaha memperkukuh pengurusan dan pentadbiran melalui pendekatan baharu. Jawatan Mufti Wilayah Persekutuan perlu dimartabat sesuai dengan peranannya sebagai pihak berkuasa utama selepas YDPA dalam soal hukum syarak.

“Tun Daim dengan nada suara yang dalam dan tegas bertanyakan sama ada saya yakin bahawa autonomi itu benar-benar diperlukan untuk mencapai visi kerajaan baharu ini,” katanya menerusi coretan di Facebook pada Rabu.



Menjawab persoalan Daim, beliau memberitahu dengan ada akta khusus, Pejabat Mufti akan mempunyai lebih kebebasan dalam melaksana tugas selain dapat memperkukuh pentadbiran, mengurus sumber dengan lebih efektif dan mengembangkan peranannya sehingga ke peringkat global.

“Tun Daim dengan nada lembut yang penuh ketegasan kemudian mengatakan bahawa cadangan tersebut sangat berani dan memerlukan komitmen yang tidak sedikit.

“Saya kemudian menyatakan kesediaan memikul tanggungjawab ini dan Tun Daim memuji dengan berkata…"Bagus. Saya menghargai kejujuran dan ketegasan Dato’ Seri dalam perkara ini. Terima kasih atas komitmen yang di tunjukkan,” ujarnya.

Menerusi perkongsian sama, Zulkifli turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Di akhir coretan, beliau memaklumkan kandungan penuh ‘akta baharu’ yang dibentangkan itu akan didedahkan menerusi buku Memoir Anok Tranung: Autobiografi Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.
 
Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.
 
Dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.





#Zulkifli Al Bakri#Tun Daim Zainuddin#bekas Menteri Kewangan
Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM

#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM

Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025

1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula

#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri

Tumpuan #AWANI745 malam ini

- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna

- Kaji semua keselamatan OKU di LRT

- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur

- Adun Ayer Kuning meninggal dunia

Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv

#AWANInews
AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb

Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.
Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah

Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia

Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia

Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau

Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.
ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir

Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Mengenang Tun Daim: Dr Zulkifli sifatkan kehilangan Allahyarham tiada galang ganti

Mengenang Tun Daim: Dr Zulkifli sifatkan kehilangan Allahyarham tiada galang ganti

Pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada usia 86 tahun merupakan kehilangan besar seorang tokoh ternama yang tiada galang gantinya.
Empat negeri jadi contoh tambah baik Mahkamah Syariah

Empat negeri jadi contoh tambah baik Mahkamah Syariah

Inisiatif-inisiatif berbentuk inovasi telah diperkenalkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes dan kelancaran pengurusan pentadbiran mahkamah.
Takut Allah atau COVID19? Ini penjelasannya...

Takut Allah atau COVID19? Ini penjelasannya...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri, takut kepada Allah bermakna umat Islam perlu beribadah dan mentaati perintah-Nya.