Seorang lelaki yang dipercayai membunuh secara rambang dua warga emas dalam kejadian amukan di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap lewat petang Jumaat, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Segamat hari ini.
Perintah reman sehingga Jumaat depan terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan Majistret Salina Omar bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, suspek yang memakai t-shirt putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat sekitar 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Dalam kejadian semalam, dua lelaki warga emas maut selepas diserang secara rambang oleh seorang individu di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap sekitar jam enam petang.
Suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave memakir kenderaan itu dihadapan sebuah kedai kopi sebelum secara tiba-tiba menyerang mangsa berusia 74 tahun yang sedang minum dengan parang sepanjang 45 sentimeter.
Kira-kira 10 minit kemudian, suspek kemudian berjalan kaki ke kedai menjual durian yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari lokasi pertama dan bertindak menyerang mangsa seterusnya berusia 60 tahun yang juga penjual durian, dengan menggunakan senjata sama.
Mangsa pertama disahkan maut dilokasi kejadian manakala mangsa kedua maut ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Buloh Kasap.
Susulan itu, suspek yang juga penoreh getah itu berjaya ditahan di lokasi kedua kejadian.
Astro Awani
Sat Jul 13 2019

Suspek yang memakai t-shirt putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat sekitar 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mengamuk hingga tikam dua warga emas, penoreh getah direman
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh secara rambang dua warga emas dalam kejadian amukan di dua lokasi berasingan di Buloh Kasap lewat petang Jumaat, direman tujuh hari

Dua warga emas maut diserang lelaki berparang
Dalam kejadian jam 6 petang tadi, mangsa berusia 60-an dan 70-an maut selepas diserang menggunakan senjata yang sama.