KUCHING: Menjadi kelaziman bagi umat Islam di bandar raya ini untuk menziarahi kubur atau dalam bahasa Melayu Sarawak 'mengabas kubur' saudara-mara mereka setiap kali menjelang Ramadan.
Selain bertujuan menitipkan doa untuk saudara-mara yang telah meninggal dunia, pengunjung tanah perkuburan itu juga akan membersihkan kawasan kubur.
Kelaziman ini telah mencetuskan idea kepada seorang suri rumah, Nur Islam Jobli, 46, menghasilkan dan menjual air bancuhan kayu cendana kepada pengunjung untuk disiram di pusara saudara-mara mereka.
"Air ini dibancuh dari rumah dan dibotolkan, jadi mudah untuk mereka siram dan bawa ke mana-mana... sebelum ini air cendana ini kami bungkus dalam plastik.
"Kami berjual waktu nak puasa atau hari Raya sebab memang ramai orang datang 'ngabas' kubur dan menariknya hanya di tanah perkuburan Islam Semariang sahaja ada dijual air ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan itu hari ini.
Tanah Perkuburan Islam Semariang merupakan tanah perkuburan Islam terbesar di Sarawak dan ketika tinjauan hari ini, ratusan pengunjung sudah membanjiri kawasan itu.
Berkeluasan 25 hektar, tanah perkuburan itu mula digunakan pada 1982 dan kini menempatkan lebih 16,000 pusara.
Nur Islam mula berjual air bancuhan kayu cendana itu seawal 7 pagi dan menurut ibu kepada empat orang anak itu, dia turut menyediakan sebungkus plastik mengandungi pelbagai jenis bunga serta daun pandan yang diracik, dengan harga RM5 setiap satu pek.
Dia yang turut dibantu anak perempuannya berkata jumlah jualan harian mampu mencecah lebih RM300 atau 60 botol sehari bergantung kepada keadaan cuaca.
"Kalau hujan, kurang orang datang membeli tapi macam hari ini cuaca sangat baik, jadi ramai yang datang ngabas," katanya yang sudah menjalankan perniagaan itu sejak 16 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Dayangku Nur Syadilla menyediakan air bancuhan daripada serbuk kayu cendana kepada umat Islam yang datang ke tanah perkuburan untuk disiramkan ke atas pusara di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Petra Jaya hari ini. -Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Mengabas' kubur cetus idea suri rumah jual air bancuhan kayu cendana
Dia yang turut dibantu anak perempuannya berkata jumlah jualan harian mampu mencecah lebih RM300 atau 60 botol sehari bergantung kepada keadaan cuaca.