KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan mengkaji kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan masalah capaian Internet di Rumah Panjang Suing, Ulu Kemalih, Pakan, Sarawak.
Tindakan ini diambil susulan daripada makluman kesukaran dihadapi seorang pelajar untuk mendapatkan capaian Internet di rumah panjang itu bagi mengikuti sesi temu duga bagi kemasukan ke sebuah universiti tempatan.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, perkhidmatan Internet wifi sedia ada di Rumah Panjang Suing, Teberu, Ulu Kemalih, Pakan adalah di bawah projek Sarawak Linking Urban Rural and Nation (SALURAN Wifi) merupakan inisiatif daripada pihak kerajaan negeri melalui SMA.
"SALURAN Wifi adalah perkhidmatan Internet yang menggunakan teknologi satelit dan mampu memberikan purata kelajuan sehingga 25Mbps.
"Perkhidmatan tersebut disediakan sebagai langkah interim bagi memberikan liputan Internet kepada penduduk di Rumah Panjang Suing dan sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujar MCMC, sebuah menara telekomunikasi baharu telah dirancang untuk dibina tahun ini bagi menyediakan liputan 4G buat penduduk di kawasan tersebut dengan dikendalikan oleh Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).
Dalam pada itu, ujarnya, pihak MCMC akan bekerjasama dengan SMA untuk mengenal pasti kaedah capaian yang sesuai bagi memastikan tahap kualiti pengalaman ke atas perkhidmatan Internet SALURAN Wifi sedia ada di rumah panjang Suing.
"Langkah tersebut penting bagi membolehkan para penduduk setempat termasuk pelajar yang terkesan itu dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selain melaksanakan urusan seharian dengan lancar," tambahnya dalam kenyataan sama.
BACA: Kelulusan pembangunan telekomunikasi di Sarawak perlu disegerakan - Julaihi
Nickyson Nyambar
Thu Feb 17 2022

MCMC berkata, sebuah menara telekomunikasi baharu telah dirancang untuk dibina tahun ini bagi menyediakan liputan 4G buat penduduk di kawasan tersebut.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Malaysia negara pertama saksikan perjanjian perkongsian rangkaian 4G 6 Hala
Beliau berkata perjanjian itu telah dimeterai pada Mei tahun lepas dan ia telah mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

266 menara belum beroperasi, lebihi tempoh sembilan bulan ditetapkan - Fahmi
Ia antaranya melibatkan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang didapati tidak menyiapkan 51 menara telekomunikasi diterima menerusi JENDELA.

52 menara telekomunikasi JENDELA beroperasi di Johor - Teo
Daripada jumlah itu terdapat empat tapak menara telekomunikasi di negeri ini belum mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan memandangkan projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan hutan.

KKD teliti guna teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi
Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.

Pemasangan antena di menara air alternatif selesai masalah capaian internet di Sarawak
Kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh SDEC di seluruh Sarawak.

125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).

Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih
Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Perak percepat proses bina menara telekomunikasi, beri liputan lebih baik
Pembinaan 105 menara telekomunikasi di seluruh negeri Perak akan dipercepatkan tahun ini, untuk memberi liputan yang lebih baik.