KANGAR: Anakanda menantu lelaki Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis, Datuk Paduka Haji Mohammad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan, 58, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pagi semalam.
Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan Allahyarham yang merupakan suami kepada anakanda baginda berdua, Tengku Puteri Mahkota Perlis Datuk Seri Hajah Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
"Pengurusan mandi jenazah telah berjalan dengan lancar dan diuruskan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.
"Para kerabat diraja serta tetamu memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di bilik perpustakaan masjid tersebut dan disusuli dengan solat jenazah sejurus selepas solat zohor yang diimamkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin," menurut kenyataan itu.
Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid selain Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail
Upacara pengebumian jenazah Allahyarham di Makam DiRaja Arau selesai kira-kira 4.15 petang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Datuk Paduka Mohammad Yaacob Azizul Hassan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, di Kangar, pagi Isnin. - Foto Sinar Harian
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Menantu lelaki Raja Perlis meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia pada 7.26 pagi akibat komplikasi buah pinggang.