Sikap suka memotong kenderaan lain dalam keadaan berbahaya dan keluar simpang jalan tanpa memberi isyarat antara punca utama kemalangan jalan raya di Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu mendedahkan faktor lain menyumbang kemalangan juga kerana sikap pengguna memandu melanggar had laju dibenarkan sehingga terbabas.
"Bagaimanapun, bagi statistik kemalangan di Sarawak, secara keseluruhannya menunjukkan penurunan," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai statistik Op Selamat 2018 di negeri Sarawak hari ini.
Bagaimanapun kata Alexson, kemalangan maut mencatatkan 10 kes pada tahun ini berbanding 13 kes tahun sebelumnya.
"Ia merekodkan penurunan sebanyak 23.1 peratus atau tiga kes," katanya menambah jumlah keseluruhan kemalangan di negeri itu sebanyak 680 kes tahun ini berbanding 692 kes dalam tempoh sama 2017.
Jelasnya, jumlah itu menurun sebanyak 12 kes atau 1.7 peratus.
“Berdasarkan statistik juga, pengguna motosikal dan kereta merupakan mangsa paling ramai terkorban yang melibatkan tiga daripada 10 kematian yang direkodkan.
Manakala kes kematian lain melibatkan dua orang pejalan kaki dan masing-masing seorang pengguna kenderaan pacuan empat roda (4WD) serta lain-lain pengguna jalan raya.
Katanya, sebanyak 12,699 saman telah dikeluarkan sepanjang 15 hari Op Selamat 2018 dilaksanakan bermula 8 hingga 22 Jun lalu.
Rohana Wahed
Tue Jul 03 2018
![Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71498640805_OpSelamat.jpg)
Bagi statistik kemalangan di Sarawak, secara keseluruhannya menunjukkan penurunan. - Foto Bernama
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71559178678_CarAccident.jpg)
Kes kemalangan jalan raya turun lebih 62 peratus di Sarawak
Setakat semalam, 115 kes kemalangan dicatatkan berbanding 304 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
![Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520696750_Bodies.jpg)
Anak perempuan maut, ibu parah, dalam kemalangan di Bintulu
Carine Chieng, 18, pelajar perempuan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), maut di lokasi kejadian manakala ibunya yang juga pemandu, Aban Hanyek, 48, cedera.
![Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71498640805_OpSelamat.jpg)
Memotong secara berbahaya antara punca utama kemalangan di Sarawak
Sikap suka memotong kenderaan lain dalam keadaan berbahaya dan keluar simpang jalan tanpa memberi isyarat antara punca utama kemalangan jalan raya di Sarawak.
![Pekerja ladang maut digilis lori sawit di Marudi Pekerja ladang maut digilis lori sawit di Marudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526822803_ladangkelapasawit.jpg)
Pekerja ladang maut digilis lori sawit di Marudi
Seorang pekerja ladang kelapa sawit warge Indonesia maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian di Telliana Plantations, Bakong di sini semalam.