PUTRAJAYA: Peraturan pemakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis yang diwajibkan bagi penjawat awam akan meningkatkan usaha membudayakan batik Malaysia, kata penjawat awam Marianne Anak Miga yang bertugas di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan.
Beliau yang bertugas di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, berkata, peraturan itu juga sebenarnya memudahkan beliau membuat pilihan pakaian untuk ke pejabat selain dapat membudayakan pemakaian batik Malaysia.
"Membudayakan pakaian batik Malaysia bukan sahaja memberi kesedaran kepada rakyat tentang perbezaan batik negara sendiri dengan negara lain malah dapat melonjakkan industri batik tempatan," kata Marianne, 33.
Anak kelahiran Sarawak itu berkata, beliau akan membuat baju kurung dan blouse menggunakan batik Sarawak yang bermotif etnik supaya lebih ramai rakan dari Semenanjung Malaysia dapat menghayati keunikan batik Sarawak.
"Memang bangga setiap kali mengenakan pakaian batik kerana ia adalah identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan bertambah semangat menjelang sambutan Hari Kebangsaan bulan ini," katanya.
Dalam surat edaran bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Zulkapli Mohamed memaklumkan, semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain.
Vinod Mathialakan, 34, berkata, beliau bangga mengenakan batik Malaysia kerana batik itu memberikan identiti dan melambangkan anak jati Malaysia.
"Batik ini adalah identiti Malaysia, tidak kisah bangsa dan kaum mana apabila mengenakan baju bercorak batik menyatukan kita kerana itu imej kita sebagai rakyat Malaysia," katanya yang bertugas di Unit Komunikasi Korporat (UKK) KPDN.
"Bagus langkah itu (mewajibkan pakaian batik Malaysia) kerana sebelum ini ada yang keliru dengan batik Malaysia dan batik negara lain. Jadi dengan inisiatif itu dapat memberi pendedahan kepada rakyat tentang warisan dan budaya sendiri," katanya lagi.
- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Guru sekolah memakai pakaian batik ketika tinjauan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin pada Khamis. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
MS 692 dikemas kini agar industri batik hasilkan produk berkualiti, patuhi standard - JSM
Malaysian Standard (MS) 692 yang telah dikemas kini kelak diharap dapat diguna pakai oleh pihak industri batik secara menyeluruh bagi menghasilkan produk berkualiti dan mematuhi standard.
Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam
Usaha berkenaan dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian.
Animasi pendek tempatan 'Batik Girl' terima pengiktirafan antarabangsa
Batik Girl telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa, baru- baru ini. Ikuti kisah menyentuh hati kanak-kanak bernama Mas.