Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menumpukan aspek pembangunan luar bandar bagi menangani peningkatan kadar migrasi penduduk desa ke bandar.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan RM5.83 bilion ringgit diperuntukkan bagi tujuan itu iaitu peningkatan 21.7 peratus bagi 2017 berbanding RM4.6 bilion tahun sebelumnya.
Ia termasuk insentif baru yang diperkenalkan untuk penoreh getah dan pekebun kecil.
“Kalau kita lihat sektor lain seperti padi dapat subsidi setiap tahun, nelayan. Bukan saja nelayan laut tapinelayan darat pun dapat sumbangan setiap bulan dari kerajaan tapi penoreh getah,” kata Ismail.

“Walaupun mereka terlalu sukar sewaktu musim tengkujuh kerana musim hujan mereka tak boleh langsung pendapatan tahun ini, kali pertama kerajaan beli peruntukan untuk penoreh getah sebayak RM200 sebulan selama 3 bulan mulai Nov, Dis dan Januari.

“Kerajaan juga peruntukkan untuk Skim Harga Lantai, ini untuk bantu penoreh getah dan sebagainya.

Peruntukan lain seperti prasarana melibatkan jalan kampung dan jambatan, bekalan air, elektrik serta perkhidmatan bas luar bandar sebanyak RM23 juta untuk pembelian 22 buah bas.

Elaun pembantu kemas juga dinaikkan seratus ringgit kepada 500 ringgit sebulan.

KKLW turut memperuntukkan RM30 juta kepada usahawan mobilepreneur untuk 3000 peserta memulakan perniagaan.

Katanya, bajet yang dibentangkan itu merupakan hadiah bermakna buat masyarakat luar bandar kerana ia seiring dengan transformasi luar bandar iaitu membandarkan luar bandar yang akan menjadikan luar bandar lebih kondusif dengan pelbagai aksesibiliti.