Pakar perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu A Aziz mencadangkan supaya Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dipengerusikan oleh salah seorang sultan hasil lantikan Majlis Raja-Raja Melayu.
Ujar beliau, ia bagi memastikan institusi Islam di negara ini terus dimartabat selain memastikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia di manifestasi sepenuhnya.
"Pada saya, untuk kekuatan institusi Islam ini, saya amat bersetuju sekiranya MKI ini dipengerusikan oleh salah seorang Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.
"Kemudian akan dianggotai oleh semua negeri dan juga mendapat partisipasi yang sepenuhnya daripada semua negeri bagi memanifestasikan Islam sebagai agama negara kita," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Beliau memberi cadangan berkenaan susulan kegusaran segelintir masyarakat terutama yang beragama Islam selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.
Ketika ini, MKI terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang mana keputusan MKI akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.
Beliau pada masa sama mahu bukan sahaja rakyat malah Ahli Parlimen di negara ini untuk bersama-sama memastikan bukan sahaja kedaulatan Islam, malah semua peruntukan perlembagaan di negara ini.
"Walau apa pun, peranan Peguam Negara ini sangat-sangat besar kerana beliau juga boleh menjadi satu pihak berkuasa dalam draf undang-undang.
"Oleh itu, kita perlukan juga perhatian bukan sahaja rakyat tetapi juga Ahli Parlimen yang dipilih untuk memastikan kedaulatan peruntukan perlembagaan bukan sahaja Islam, tetapi kedaulatan semua peruntukan perlembagaan itu perlu dihomarti.
"Dari segi pentadbiran Islam, ini adalah kuasa yang sangat jelas di bawah budi bicara Raja-Raja Melayu. Ia tidak boleh dicampuri urusan atau boleh ditelunjukkan oleh mana-mana pihak," tegasnya.
Beliau percaya, walaupun Peguam Negara bukan beragama Islam, Tommy sepatutnya menghormati kedudukan Islam selain ia menjadi sebahagian janji Kerajaan Pakatan Harapan untuk sentiasa mentadbir kerajaan menerusi maqasid syariah.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jun 05 2018
![Memartabat Islam: Majlis Raja-Raja perlu jadi Pengerusi MKI - Shamrahayu Memartabat Islam: Majlis Raja-Raja perlu jadi Pengerusi MKI - Shamrahayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528186342_MasjidWilayah.jpg)
Shamrahayu memberi cadangan itu susulan kegusaran segelintir masyarakat terutama yang beragama Islam selepas Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara baharu. - Gambar hiasan
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720063908_tbSimposiumAntaraba.jpg)
Pengajian Islam masih guna pakai kerangka akademik barat yang lama - Muhammad Yahya
Sistem pendidikan Islam memerlukan pendekatan baharu untuk disesuaikan dengan realiti semasa.
![Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51447947726_foreigndirectinves.jpg)
Potensi pelaburan syariah kekal kukuh - Pakar
Potensi pelaburan patut syariah kekal kukuh walaupun terdapat ketidakstabilan pasaran dan kadar faedah yang tidak menentu.
![Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718458345_TBMuhammadFakhrurR.jpg)
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
![KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714364678_RussiaIslamicWo.jpg)
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
![Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712246231_TBOrangramai.jpg)
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
![Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711966066_TBMasjidilHaram.jpg)
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
![Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711597226_AnwarIbrahim.jpg)
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
![Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
![Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710204941_MasjidTuankuMizan.jpg)
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
![Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710200083_MasjidSriSendayan.jpg)
Umat Islam seluruh negara tunai solat tarawih, imarahkan malam pertama Ramadan
Masyarakat Islam mengambil peluang memulakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat tarawih.