Kerajaan Malaysia berketatapan kuat bahawa pihak berkuasa negara ini gigih dalam meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac, tahun lalu.
Itu ikrar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu temuramah ekslusif bersama Astro AWANI baru-baru ini.
Liow turut berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi dan cara pengendaliannya yang dianggap paling sukar dalam sejarah penerbangan dunia.
Astro AWANI: Bagaimanakah Datuk Seri mendefinisikan usaha yang telah dijalankan, sehingga suatu tahap penemuan pesawat itu?
LIOW TIONG LAI: Sempena ulang tahun pesawat MH370 tahun ini, saya rasa sedih dan juga sentiasa berdoa untuk ahli keluarga pesawat MH370 agar mereka dapat menguatkan diri mereka menghadapi kesukaran ini. Saya yakin rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa merasai kehilangan pesawat MH370 dan kami sentiasa bersama-sama mereka menghadapi waktu sukar ini. Kerajaan Malaysia berketetapan kuat bahawa kita akan teruskan misi mencari ini.
Sejak berlakunya tragedi ini, kita telah melancarkan misi pencarian secara besar-besaran di mana 26 negara, 166 aset termasuk 81 pesawat dan 85 kapal terlibat . Saya juga ingin nyatakan di sini, satu pasukan pencarian antarabangsa, antaranya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Bahagian Kemalangan Udara UK (AAIB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, semua bekerjasama dalam misi mencari ini dan telah kita laksanakan dengan sebaik mungkin, untuk memastikan tempat yang kita cari itu adalah sasaran yang tepat mengikut data Inmarsat yang kita terima.
Kawasan seluas 60,000 km persegi telah pun disasarkan dan sehingga kini kita telah dapat selesaikan 26,000 km persegi ataupun 44 peratus daripada keseluruhan kawasan yang ditumpukan.
AA: Bagaimana Datuk Seri melihat proses peduli hubungan dengan keluarga mangsa pesawat MH370 khususnya dalam menjaga kebajikan mereka untuk tempoh akan datang?
LTL: Kita tahu kita beri keutamaan kepada ahli keluarga. Dan kita telah wujudkan jawatankuasa NOK. Kita wujudkan pusat untuk kita berkomunikasi dan beri sokongan kepada keluarga di Beijing. Kita juga ada laman web untuk mereka dapatkan maklumat terkini tentang MH370. Apa yang kita boleh buat untuk masa yang akan datang, saya rasa yang penting, kita telah umumkan MH370 ini satu kemalangan. Ini adalah untuk membolehkan ahli keluarga mengorak langkah ke hadapan, agar dari segi kehidupan seharian itu dapat diselesaikan masalah dari segi insurans dan sebagainya. Ini semua kebajikan yang diambil berat oleh kerajaan dan kita telah arahkan MAS untuk mempercepatkan bayaran pampasan.
AA: Apakah cabaran terbesar pihak kerajaan dalam berdepan dengan ahli keluarga?
LTL: Saya menghadapi cabaran yang besar kerana ahli keluarga datang kepada saya untuk dapatkan jawapan. Apabila ahli keluarga datang kepada saya untuk mencari jawapan, saya sedang mencari jawapan. Dan sebab itu kita adakan misi pencarian ini untuk dapatkan jawapan. Untuk membolehkan saya memberikan jawapan yang sebaik mungkin, saya perlukan kekuatan untuk melaksanakan misi pencarian. Kita bersama dengan ahli keluarga. Kita memahami perasaan ahli keluarga begitu pedih dan sedih pada masa sekarang dan bagaimana kita boleh membantu mereka menghadapi masa hadapan dengan lebih baik.
AA: Banyak boleh dipelajari daripada tragedi MH370 termasuk cadangan untuk mewujudkan ‘real time tracking’. Bagaimana Malaysia boleh tampil ke hadapan untuk meyakinkan pihak antarabangsa bagi melaksanakan perkara ini?
LTL: Cadangan ini telah dibawa Malaysia ke peringkat antarabangsa di mesyuarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal dan cadangan kita untuk semua pesawat komersial memasang sistem ‘real time tracking’ ini, mendapat sambutan yang baik. Saya bertemu dengan Menteri Pengangkutan Amerika Syarikat, Australia dan China, serta Presiden ICAO dan menekankan bahawa sistem ini perlu dipasang secepat mungkin.
Ini kerana insiden ini boleh berlaku kepada mana-mana pesawat. Ini menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam industri penerbangan dunia. Satu jawatankuasa ‘real time tracking’ ini telah diwujudkan oleh ICAO dan mereka telahpun bermesyuarat menerima cadangan kita. Pengumuman akan dibuat pada 31 Ogos mengenai perkara ini.
AA: Sejauh manakah Datuk Seri melihat ini adalah usaha yang akan membuahkan hasil?
LTL: Kolaborasi antara negara lain amat baik dalam misi pencarian ini. Kita mendapat sokongan yang besar dari Australia dan China. Masing-masing mengeluarkan aset dan bantuan kewangan untuk memastikan misi ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Keduanya, kita juga nyatakan di sini, kerjasama antarabangsa semua negara memberikan tumpuan yang tinggi untuk meningkatkan tahap keselamatan industri penerbangan. Saya rasa ICAO juga telah dikejutkan dengan tragedi ini dan mereka sendiri mengaku ada ruang lagi untuk meningkatkan keselamatan. Setiap hari ada 8 juta orang menggunakan pesawat. Oleh itu, ini satu industri yang penting untuk menjaga keselamatan penumpang dan krew kita seterusnya tidak membiarkan apa-apa isu keselamatan menjejaskan mereka.
AA: Apakah aspek misi pencarian dalam kita memandang ke hadapan?
LTL: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang membantu kita dalam misi mencari di Lautan Hindi. Sebuah laut yang begitu dalam, dan mereka bekerja keras meneruskan misi mencari. Sudah lebih daripada enam, tujuh bulan. Kita harap misi ini dapat diteruskan dan kita harap dapat menemui MH370. Kerjasama daripada negara-negara antarabangsa amat penting kerana Malaysia sendiri tidak dapat dan tidak mungkin mencari pesawat ini sendiri. Kita yakin pada masa akan datang ini, kita akan teruskan komitmen kita dan kita harap dan yakin dapat mencari pesawat MH370.
T K Letchumy Tamboo
Sun Mar 08 2015

Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu. - Gambar Astro AWANI

Perbelanjaan baiki tandas sekolah seluruh negara cecah RM1 billion - PM
Perdana Menteri menyedari banyak masalah yang dihadapi termasuk pembangunan, kantin dan tandas sekolah yang memerlukan perhatian segera.

Tema raya ‘Meriah lain macam’, Astro bakal himpun 160 rancangan
Bertemakan Meriah lain macam pada raya tahun ini, Astro bakal menghimpunkan lebih daripada 160 kandungan raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga.

ICJ adakan pendengaran awam berkaitan kewajipan Israel di Wilayah Palestin yang diduduki
Mahkamah akan mengadakan pendengaran awam yang dijadualkan bermula Isnin, 28 April 2025, di Peace Palace, The Hague, ibu pejabat ICJ.

LPP sasar lahirkan 5,000 usahawan tahun ini
Lembaga Pertubuhan Peladang menyasarkan untuk melahirkan 5,000 usahawan dalam kalangan peladang dan anak peladang yang berpendapatan bersih tidak kurang RM5,000 tahun ini.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Utusan Khas Trump akan ke Moscow bincang gencatan senjata - White House
Utusan khas Presiden Trump bagi Timur Tengah dijadual berkunjung ke Moscow hujung minggu ini untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Rusia.

Muat naik kandungan palsu sentuh sensitiviti agama, lelaki disiasat MCMC
Kandungan tersebut dipercayai dimuat naik pada 9 Mac, yang mendakwa laungan azan melalui pembesar suara di Masjid Ayer Kuning tidak lagi dibenarkan.

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.

Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan
Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.

MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.

Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.

Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.

MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik
Sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, banyak spekulasi dan teori konspirasi tersebar menjadi penyedap cerita insiden tersebut.

#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.

'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow
Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu.

Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM
Malaysia terus komited dalam carian penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tepat setahun yang lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc
Setiap hari Sarah Batjc tidak lupa memikirkan tentang nasib pasangannya, Philip Wood, dan berjanji akan terus berusaha mencari jawapan.

Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.