Dari penculikan makhluk asing hinggalah ke muslihat Presiden Rusia Vladimir Putin, pelbagai teori ditimbulkan golongan 'penyiasat' amatur dan juga penganalisis profesional dalam ruang maya bagi menjelaskan insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370.
Semua itu terjadi apabila pasukan penyiasat rasmi meninggalkan ruang kosong khususnya dalam penetapan maklumat dalam pencarian mereka.
Kekecohan membentang teori konspirasi itu turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa misteri MH370 mempunyai kaitan dengan 'konspirasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ada pihak yang menyembunyikan sesuatu'.
Sementara itu, Presiden Emirates Airlines, Tim Clark secara terang-terangan mengatakan bahawa Malaysia tidak telus dalam mendedahkan maklumat.
Setahun sudah berlalu dan ribuan warganegara dari seluruh dunia masih buntu dalam lingkaran tanda tanya yang menyelubungi pesawat malang yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tersebut.
Berikut adalah antara bermacam-macam andaian teori konspirasi yang pernah diketengahkan dalam portal-portal berita antarabangsa sejak 8 Mac 2014:
Vladimir Putin mengarahkan rampasan pesawat MH370
Penulis sains dari Amerika Syarikat (AS) Jeff Wish 'menjual' teori yang berniat 'nakal' dengan mendakwa pesawat tersebut telah 'dicuri' di bawah arahan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Dia yang juga seorang pakar penerbangan dan bertindak sebagai penganalisis untuk CNN, menulis dalam blognya bahawa sekumpulan perampas Rusia dipercayai berada dalam pesawat berkenaan dan telah mengacau ganggu data penerbangan MH370.
Tindakan itu dilakukan untuk menghasilkan imej seolah-olah pesawat berkenaan melintasi laluan tertentu, sedangkan realitinya ia dilencongkan ke Baikonur Cosmodrome, iaitu sebuah fasiliti pelancar angkasa lepas berprofil tinggi yang digunakan Rusia atas izin kerajaan Kazakhstan sehingga tahun 2050.
Penculikan makhkuk asing?
Agak mudah untuk menuding jari kepada sesuatu yang tidak pasti seperti makhluk asing dan berdasarkan teori itu, makhluk asing lebih memahami misteri kehilangan pesawat MH370.
Ada sesetengah pihak mendakwa makhluk asing memainkan peranan penting dalam insiden besar ini kerana bosan dengan dunia barat sehingga terpaksa beralih ke Asia Tenggara untuk menandakan kewujudan mereka.
Setelah hampir 'gila' kerana tidak puas hati dengan maklumat yang diberikan oleh penyiasat rasmi, sesetengah individu yang kononnya 'berpandangan jauh' terus teguh dengan rumusan bahawa pesawat MH370 telah diculik makhkluk asing.
Malah, sebuah artikel dalam National Report menyatakan, 'sejak tahun 1947 pemerintah kita berbohong tentang makhluk asing dan kini semua orang melihatnya'.
"UFO (objek terbang yang tidak dikenal pasti) ada di mana-mana, di banyak negara. Mereka itu merupakan ancaman kepada kedaulatan negara dan juga dunia," ujar laporan itu yang dengan pantas dikongsi di serata platform media sosial.
Konspirasi CIA dan seseorang menyembunyikan sesuatu - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir juga mendakwa bahawa kehilangan pesawat MH370 merupakan konspirasi CIA. Beliau menyatakan, CIA mungkin tahu lokasi pesawat MH370 dan menyimpan maklumat itu untuk pihak mereka sendiri.
Kata Mahathir, jika sistem kedudukan global (GPS) pesawat berkenaan tidak berfungsi, maka pihak Boeing atau agensi kerajaan AS tentu boleh mengesan lokasinya berdasarkan kemampuan mereka.
Dalam salah satu kandungan blog yang dimuat naik, beliau turut menyatakan sekiranya pesawat MH370 dirampas, kawalan penuh terhadap sistem navigasi pesawat itu telah diaktifkan dari sebuah tempat yang tersembunyi.
"Jelas di sini, Boeing dan agensi-agensi lain mempunyai kapasiti untuk mengambil alih kawalan pesawat-pesawat komersial seperti MH370.
"Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu. Adalah tidak adil jika MAS dan Malaysia perlu menanggung rasa bersalah," ujar beliau.
'Segi Tiga Bermuda' versi Asia
Dalam media sosial, teori tentang kewujudan sebuah lagi kawasan yang mirip zon Segi Tiga Bermuda turut menjadi popular.
Kehilangan pesawat dari radar secara mengejut sepatutnya mempunyai beberapa penjelasan - sama ada berlaku letupan mendadak, masalah integrasi di udara atau kegagalan mekanikal.
Namun, beberapa pihak dengan mudah menganggap pesawat berkenaan sudah memasuki zon 'segi tiga' yang misteri.
Sebelum ini terdapat banyak bot dan kapal terbang telah hilang di atas sebuah hamparan laut di Lautan Atlantik Utara yang dikenali sebagai Segi Tiga Bermuda, termasuk Flight 19 pada tahun 1945. Dalam insiden itu, lima pesawat pengebom torpedo hilang secara misteri.
Namun, adakah wujud satu lagi kawasan seumpamanya?
Seorang pengguna Twitter berkata: "Maka, apakah yang berlaku pada pesawat malaysia ini? Adakah ada Segi Tiga Bermuda versi Asia?"
Seorang lagi pengguna Twitter membalas tuitnya: "Mungkin juga ada".
Kebakaran dalam kokpit
Teori ini datang daripada juruterbang bernama Chris Goodfellow. Dia memberitahu bahawa kebakaran dalam ruang kokpit telah membuatkan juruterbang bertindak melencongkan pesawat ke barat menghala ke sebuah landasan kapal terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Komunikasi yang terputus dengan kokpit, menurut Goodfellow, berkemungkinan ada kaitan dengan kebakaran elektrikal dan itu membuatkan juruterbang perlu memfokuskan kepada pengendalian pesawat berbanding membuat panggilan kecemasan.
Tambahnya, kedua-dua juruterbang berkemungkinan telah pengsan atau terkorban kerana lemas akibat asap sementara pesawat terus terbang selama beberapa jam sebelum kehabisan minyak dan kemudian terhempas.
Ia adalah teori yang baik, kecuali ketiadaan bukti kukuh untuk menyokongnya.
MH370 dan MH17 dikatakan pesawat yang sama
Salah satu teori yang paling pelik diketengahkan oleh 'penyiasat tidak bertauliah' adalah apabila mereka mengatakan bahawa pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine adalah pesawat MH370, sekali gus menafikan ia adalah pesawat MH17 yang dalam jadual penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Berdasarkan teori itu, yang juga disiarkan di pelbagai laman web termasuk humansarefree.com, pesawat MH370 telah dirampas dan dipaksa mendarat di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Mangsa pergolakan kuasa dunia
Ada pula pihak yang mengatakan ia telah dibawa ke pangkalan tentera AS di Diego Garcia dan seterusnya sengaja dijatuhkan di Donetsk oleh agen-agen AS beberapa bulan kemudian dalam operasi yang dicipta untuk menegnakan Rusia.
Kebetulan pula berlaku siri peristiwa dunia yang dimainkan oleh pihak yang mencetus teori, khususnya beberapa buah negara menuduh Rusia membekalkan sokongan ketenteraan kepada puak pemisah Ukraine – termasuk pelancar peluru berpandu Buk yang berkemampuan menembak jatuh peesawat di altitud tinggi.
Pada masa yang sama, Kesatuan Eropah dan AS telah mengetatkan sekatan ekonomi ke atas Moscow.
Sathesh Raj
Sun Mar 08 2015
![MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81418917557_295x200.jpg)
Turut tersebar adalah teori yang mengatakan Vladimir Putin mengarahkan rampasan pesawat MH370
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81426646591_295x200.jpg)
Petisyen waris MH370 desak operasi SAR tiga negara diteruskan
Waris penumpang pesawat malang MH370 menerbitkan satu petisyen mendesak agar setiap persoalan yang belum terjawab didedahkan dengan telus.
![MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/71394945272_295x200.jpg)
MH370: Kini kita lebih yakin ia berakhir di Lautan Hindi - Pakar penerbangan
Fakta siasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 memberi gambaran lebih jelas dan informasi lebih meyakinkan bahawa penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi.
![Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/81394431191_295x200.jpg)
Kehilangan MH370 beri kesan kepada penduduk Perth
Setahun sudah berlalu dan kehilangan pesawat MH370 jelas memberi impak yang ketara pada ramai, terutamanya bagi penduduk tempatan di Perth, Australia.
![Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370 Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425805622_295x200.jpg)
Cabaran petugas media dalam membuat liputan MH370
Ikuti pengalaman golongan pengamal media terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan berita MH370 yang sahih dan tepat.
![MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81418917557_295x200.jpg)
MH370: Teori dan konspirasi yang mencabar logik
Sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, banyak spekulasi dan teori konspirasi tersebar menjadi penyedap cerita insiden tersebut.
![#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370 #SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81425788884_295x200.jpg)
#SetahunMH370: MAS beri penghormatan untuk warga kerja MH370
Malaysia Airlines (MAS) mengadakan majlis tertutup untuk mengingati 13 warga kerja yang hilang dalam penerbangan MH370.
!['Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow 'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51425731467_295x200.jpg)
'Memang wajar untuk isytihar MH370 suatu kemalangan' - Liow
Genap setahun selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan tragedi itu.
![Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51376368954_295x200.jpg)
Malaysia komited untuk terus mencari pesawat MH370 - PM
Malaysia terus komited dalam carian penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tepat setahun yang lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
!['Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc 'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/41425785386_295x200.jpg)
'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc
Setiap hari Sarah Batjc tidak lupa memikirkan tentang nasib pasangannya, Philip Wood, dan berjanji akan terus berusaha mencari jawapan.
![Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370 Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51425277800_295x200.jpg)
Imbasan liputan Astro AWANI detik kehilangan pesawat MH370
Tugas melaporkan tragedi MH370 tidak hanya satu tugasan, sebaliknya ia dianggap satu tanggungjawab yang perlu digalas Astro Awani.