MELAKA: Kerajaan Melaka memutuskan untuk tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan tertutup pada ketika ini susulan pemantauan dijalankan dalam tempoh dua minggu ini menunjukkan trend penurunan kes COVID-19 di negeri itu.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata hasil tinjauan juga menunjukkan kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat yang mengambil inisiatif memakai pelitup muka di tempat sesak dan tertutup untuk mencegah penularan virus tersebut.
"Alhamdulillah, ekoran daripada kesedaran masyarakat telah menunjukkan hasil yang baik apabila pada minggu epid terakhir 2022, negeri ini merekodkan hanya 251 kes.
"Trend jangkitan COVID-19 di Melaka terus menurun kepada 217 kes pada minggu pertama tahun ini selepas pengumuman kerajaan negeri menggalakkan pemakaian pelitup muka sebelum ini dan kes terus menurun kepada 180 kes pada minggu lepas," katanya kepada pemberita di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Akmal berkata biarpun trend kes menunjukkan penurunan, kerajaan negeri tetap menggalakkan rakyat dan pelancong yang berada di Melaka mengekalkan pemakaian pelitup muka, menjaga jarak selamat serta menggunakan cecair pembasmi kuman atau kerap mencuci tangan.
Katanya kesedaran tinggi dan peka terhadap langkah pencegahan itu juga menunjukkan semua pihak mampu bersama mengekang penularan COVID-19, selain turut mengalakkan rakyat di negeri itu mengambil dos penggalak pertama dan kedua.
"Pengambilan dos penggalak ini merupakan antara cara meningkatkan antibodi dan orang ramai boleh mengunjungi 32 klinik kesihatan serta tiga hospital di semua daerah di negeri ini yang menempatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara datang terus untuk dos penggalak pertama dan kedua," katanya.
Melaka sebelum ini bercadang menguatkuasakan semula pemakaian pelitup muka di tempat tertutup serta kawasan tumpuan orang ramai sekiranya penularan kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh dua minggu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Kesedaran masyarakat telah menunjukkan hasil yang baik apabila pada minggu epid terakhir 2022, negeri Melaka merekodkan hanya 251 kes. - Gambar fail
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pemandu bas maut, nahas dengan dua lori
Seorang pemandu bas maut, manakala 11 penumpang kenderaan itu termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) cedera dalam kemalangan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara Selatan pada awal pagi Khamis.
Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang
Kejadian bermula apabila penduduk melaporkan hubungan terlarang lelaki itu kepada suami wanita tersebut.
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
Larangan penuaian, penjualan kupang di perairan Port Dickson ditarik serta-merta
Jabatan Perikanan Malaysia menarik balik larangan penuaian dan penjualan kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson dan Melaka.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
Melaka mohon semula untuk bangunkan kawasan tambakan laut Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan RM34.09 juta kepada Melaka tahun ini bagi menyokong agenda pembangunan industri agromakanan.
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.