MELAKA: Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD2025) merupakan satu pengiktirafan besar yang bakal menyaksikan negeri itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjayakan acara berkenaan.
"WTD2025 yang diadakan di Melaka ini menerusi pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO), justeru kita tidak boleh mensia-siakan kepercayaan dan peluang menganjurkan acara ini.
"Ia termasuk usaha awal dengan menubuhkan sekretariat WTD2025 dalam memastikan penganjuran itu memberi impak positif, berjalan dengan lancar bagi menerima 150 ketua negara UNWTO berkampung di Melaka," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Seni dan Budaya Negeri (ASBN) Melaka 2022/2023 yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Suhaimi Abdul Rahim dan Pengarah JKKN negeri Ezlina Alias.
Abdul Razak berkata beliau mewakili kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada MOTAC yang sebulat suara menamakan Melaka dan diumum sebagai tuan rumah dalam Perhimpunan Agung UNWTO di Uzbekistan, baru-baru ini.
Menurutnya penganjuran WTD2025 itu juga dilihat akan menjadi kesinambungan kepada usaha negeri itu menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan secara tidak langsung turut memainkan peranan besar dalam menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
WTD2025 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Sept 2025 dengan "Tourism and Sustainable Transformation", bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat antarabangsa mengenai kepentingan pelancongan dan nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi sejagat.
Sementara itu, Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mewujudkan Institut Dondang Sayang di Perkampungan Hang Tuah di Duyong di sini pada tahun depan bagi memartabat dan memastikan warisan seni budaya masyarakat Melaka itu kekal terpelihara.
Beliau berkata cadangan mengenai institut itu kini dalam fasa akhir untuk mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
"Kita berharap dengan penubuhan institut ini nanti ia akan dimanfaatkan generasi muda selain mendapat sambutan pelajar dari luar negara untuk bersama menimba ilmu dan mendalami kesenian yang ada pada irama Dondang Sayang," katanya.
Terdahulu, pada majlis berkenaan sebanyak 19 individu menerima anugerah dalam pelbagai kategori, dengan penghargaan tertinggi iaitu Anugerah Seni Budaya Negeri Melaka dinobatkan kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara Tan Sri Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Dunia 2025 (WTD2025) merupakan satu pengiktirafan besar yang bakal menyaksikan negeri itu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Melaka peruntukan RM300,000 untuk 30 IPIS berdaftar penuh
Sumbangan tahunan RM10,000 kepada setiap IPIS bertujuan membantu meringankan beban kewangan institusi berkenaan khususnya aspek pengoperasian.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan
Seorang peniaga lelaki yang bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan dipercayai untuk dijual, ke dalam kenderaannya, ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.