MELAKA: Melaka menyasarkan 100 peratus rakyat divaksin dicapai seawal mungkin dan melangkah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada pertengahan Oktober ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata antara inisiatif yang dijalankan ialah membuka 98 pusat pemberian vaksin (PPV), menjalankan aktiviti pemberian vaksin secara 'outreach' oleh pasukan bergerak Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan terpencil.
"Melaka juga telah membenarkan 'walk-in' (jumpa terus) kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) bermula 19 Julai lepas dan penduduk berumur 50 tahun ke atas bermula pada 30 Ogos.
"Penduduk 18 tahun pula dimulakan pada 3 Sept di PPV Mega Stadium Hang Jebat dan Stadium Jasin secara berperingkat dengan keutamaan kepada penduduk warganegara Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan terima kasih ke atas ucapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14.
Sementara itu, Sulaiman berkata, sebanyak 77 peratus atau 521,858 rakyat Melaka berusia 18 tahun ke atas telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept lepas.
Beliau berkata sehingga 1 Sept, Melaka mencatat 5.7 kes COVID bagi setiap 100,000 penduduk, vaksinasi melebihi 50 peratus penduduk dewasa dan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) pada tahap sederhana (melebihi 70 peratus kes) sekali gus bergerak ke Fasa Dua PPN pada 4 Sept.
"Selain itu, setakat 12 tengah hari 18 Sep lepas juga, terdapat tujuh kes varian membimbangkan (VOC) Beta B.1.351 dan 24 kes VOC Delta B.1.617.2 dikesan di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021

Sebanyak 77 peratus atau 521,858 rakyat Melaka berusia 18 tahun ke atas telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 setakat 18 Sept lepas. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MPN komited jana idea, strategi untuk pulihkan Malaysia
Meskipun kesihatan menjadi tumpuan paling utama namun sektor lain seperti pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat tidak langsung diketepikan bagi memulihkan negara.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik suku pertama 2022 - DOSM
Momentum pasaran buruh Malaysia bertambah baik pada suku pertama 2022 berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran hampir 100 peratus - Nanta
Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara oleh 1.09 juta premis sektor perdagangan pengedaran di seluruh negara kini mencapai 99.9 peratus.

P.Pinang belum cadang wajibkan dos penggalak untuk solat jemaah
Pulau Pinang belum bercadang untuk mewajibkan hanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan menerima suntikan dos penggalak dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid atau surau.

154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.

Sekatan pergerakan? Tiada pusingan U, kata Muhyiddin
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memberitahu, pengalaman sebelum ini ketika negara mendepani COVID-19 sudah memadai untuk kerajaan menguruskan situasi semasa.

PPN 2.0: Kaji terlebih dahulu pencapaian PPN sedia ada - Pakar
Apa yang lebih penting kini adalah memastikan semua pelan di bawah PPN yang sedia ada diperkukuhkan dan mencapai objektif, sebelum pelan baharu dirangka.