GEORGE TOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada bekas isterinya minggu lepas.
Muhammad Hafizi Burhan, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan dengan niat menyebabkan kematian ke atas Mohariez Mokhtar dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau lipat berwarna perak berukuran 5 sentimeter.
Kesalahan itu didakwa berlaku di koridor sebuah flat kediaman di Jalan Bukit Gambir dekat sini pada pukul 5.50 pagi, 10 Jun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Syairah Khalil yang mengendalikan kes tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Hafizi, dan bapa kepada dua anak itu tidak diwakili peguam.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, serta jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan maka hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 20 tahun.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 24 Julai akan datang sebagai tarikh serahan dokumen.
Sementara itu, Muhammad Hafizi turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bekas isterinya, Asma Wahab.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengeluarkan kata-kata 'hang buka pintu, aku nak jumpa anak, kalau tak buka, aku bunuh hang' di flat kediaman yang sama, kira-kira pukul 7 pagi pada 30 Mei lepas.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya
Timbalan Pendakwa Raya, M.Darrshini yang mengendalikan kes itu menawarkan jaminan RM5,000 kepada tertuduh.
Bagaimanapun Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 24 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
Di Mahkamah Majistret berasingan, Majistret Azlan Basri menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh sabitan kepada Muhammad Hafizi selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin hadapan dan cermin pintu kereta bekas isterinya, Asma Wahab dan telah menyebabkan kerugian berjumlah RM1,500.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 2 April lepas kira-kira 10.10 malam di hadapan flat kediaman yang sama di Jalan Bukit Gambir.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syairah Khalil mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Mekanik Muhammad Hafizi Burhan dibawa ke mahkamah hari ini bagi menghadapi pertuduhan. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mekanik didakwa cuba bunuh tunang bekas isteri
Seorang mekanik mengaku tidak bersalah datas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki yang dipercayai tunang kepada bekas isterinya.