KUCHING: Pengamal media konvensional tidak harus berasa terancam dengan kemunculan media baharu sebaliknya perlu belajar untuk mengadaptasi seiring dengan perkembangan semasa.
Penasihat Editorial (Politik) Utusan Sarawak William Chan berkata buat masa ini, media konvensional seperti akhbar sedang diasak dengan begitu hebat oleh perubahan yang dibawa oleh teknologi dan digitalisasi.
Beliau berkata ini merupakan evolusi kewartawanan dan penggiat media konvensional harus segera belajar menyesuaikan diri.
"Keadaan agak suram ketika ini (bagi media konvensional). Tabiat pengguna dalam mendapatkan berita sudah berubah.
"Mereka lebih gemar mendapatkannya dengan lebih pantas, tiada lagi tunggu dan baca akhbar pada waktu pagi.
"Daripada berasa terancam, sesuaikan diri dengan perubahan dan timba ilmu baharu ini sedalam mungkin," katanya ketika menjadi ahli panel Seminar dan Bengkel Kewartawanan 2022 anjuran Pewarta (Pertubuhan Wartawan Bebas Kuching) di sini pada Ahad.
Bertemakan 'Pertemuan Minda: Bagaimana memajukan kewartawanan dan industri akhbar di Sarawak,' bengkel itu turut menampilkan wartawan veteran Toman Mamora dan James Ritchie.
William juga berkata dunia kewartawanan kini amat berbeza jika dibandingkan dengan waktu beliau memulakan kerjaya pada 1989 terutama dari segi penghantaran berita.
"Ketika saya memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan pada 1989 di Miri, masa itu pemberita masih guna mesin taip dan selepas selesai menyiapkan berita, kita akan cetak dan hantar kepada staf kita di lapangan terbang untuk menghantar berita tersebut.
"Akhbar kini dicetak di dalam halaman yang lebih sedikit berbanding dulu yang lebih tebal, sekarang makin nipis.
"Hal ini disebabkan laman sesawang berita yang semakin berkembang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Pengamal media konvensional tidak harus berasa terancam dengan kemunculan media baharu sebaliknya perlu belajar untuk mengadaptasi seiring dengan perkembangan semasa. - Gambar hiasan
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
Media baharu: Media konvensional jangan rasa terancam, belajar adaptasi
Pengamal media konvensional tidak harus berasa terancam dengan kemunculan media baharu sebaliknya perlu belajar untuk mengadaptasi seiring dengan perkembangan semasa.
Isu antipersaingan, monopoli keuntungan: Facebook, Google ditekan siasatan pihak berkuasa
Dituduh mengawal aliran maklumat untuk memonopoli keuntungan pengiklanan dan menafikan potensi pesaing dalam pelbagai bidang.
Generasi milenial: Pengamal media Malaysia dan Indonesia disaran guna media sosial
Beliau berkata pengamal media kini tidak lagi boleh bergantung kepada platform konvensional sahaja, sebaliknya perlu menggunakan media baharu untuk mendekati golongan ini.
Kerajaan cadang wujud Akta Kebencian Agama dan Kaum
Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki.
Aduan terhadap media baharu terus meningkat
Pada 2015, SKMM mencatatkan 1,908 aduan mengenai salah laku netizen bagi keseluruhan media baharu dan angka itu meningkat kepada 3,188 pada akhir 2016.
Malaysia perlu laksanakan sekatan dalam media baharu - KP Penerangan
Semua negara termasuk Malaysia perlu melaksanakan sekatan dalam proses penggunaan media baharu, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.