Pengamal media di Malaysia dan Indonesia perlu menggunakan platform baharu mendekati generasi milenial bagi memastikan hubungan kedua-dua negara terus kekal baik, kata bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar.
Beliau berkata pengamal media kini tidak lagi boleh bergantung kepada platform konvensional sahaja, sebaliknya perlu menggunakan media baharu untuk mendekati golongan ini.
"Kita harus menerima hakikat bahawa media sosial memainkan peranan sangat penting terhadap kehidupan generasi muda, dan oleh itu kita tidak boleh bergantung kepada media konvensional untuk mendekati generasi milenial.
"Dalam hubungan Malaysia dan Indonesia ini kita perlukan platform baharu bukan sahaja dalam bentuk media tradisional tetapi media sosial kerana bagi generasi milenial ini, mereka tidak lagi melihat batas geografi dan politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam sempena lawatan Muhibah delegasi Media Indonesia ke Malaysia di sini, malam tadi.
Turut hadir pada majlis anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di sini malam tadi ialah Timbalan Presiden Iswami Malaysia Datuk Zulkifli Hamzah, Presiden Iswami Indonesia Asro Kamal Rokan, Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Penasihat Media Kumpulan Karangkaraf Datuk Abdul Jalil Ali.
Sementara itu, Zakaria berkata ISWAMI merupakan satu-satunya inisiatif media yang efektif dalam memupuk persefahaman antara pengamal media Malaysia dan Indonesia sehingga dalam lapan tahun kebelakangan ini, tidak ada lagi isu-isu besar antara kedua-dua negara.
"Saya pernah mengikuti empat perjumpaan Pers Nasional Indonesia, mendapati bahawa persefahaman yang terjalin antara pemimpin media Malaysia dan Indonesia sangat akrab, seperti saling mengundang ke majlis kenduri kendara dan saling menziarahi jika ada mereka yang sakit. Ini mustahil terjadi jika tidak saling mengenali melalui ISWAMI," katanya.
Zakaria berkata, bagaimanapun di alaf baru ini yang lebih penting, ISWAMI terus memperkasakan hubungan baik antara kedua-dua negara terutama melibatkan generasi milenial.
Katanya, Bernama dan agensi berita Indonesia Antara, akan terus berperanan bertukar-tukar berita, gambar, dan video seperti yang telah terjalin sejak sekian lama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 12 2019
Asro Kamal (dua, kiri), Johan (tiga, kanan) dan Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia Ilham Bintang (dua, kanan) antara yang terlibat pada Majlis Makan Malam sempena Lawatan Muhibah ke Malaysia di Putrajaya, 12 Feb, 2019. --fotoBERNAMA
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Generasi milenial: Pengamal media Malaysia dan Indonesia disaran guna media sosial
Beliau berkata pengamal media kini tidak lagi boleh bergantung kepada platform konvensional sahaja, sebaliknya perlu menggunakan media baharu untuk mendekati golongan ini.