Media arus perdana perlu mengekalkan kredibiliti mereka supaya menjadi rujukan yang diyakini rakyat sepanjang masa, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata ungkapan 'mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang' jelas menunjukkan bahawa media amat berpengaruh dalam kehidupan harian masyarakat.
Justeru, pihak media perlu menceritakan perkara yang benar seperti diamalkan selalu dengan prinsip neutraliti dan tidak dipengaruhi sentimen mana-mana pihak.
"Perkara ini penting kerana dalam ledakan media baharu, portal dan sebagainya, banyak berita ditokok tambah serta tohmahan, tuduhan dan sebagainya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Media di sini Khamis malam.
Ali berkata hubungan yang terjalin antara media dan kerajaan membolehkan pihaknya berkongsi pengetahuan serta kepakaran dengan sektor swasta dan sebaliknya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan memang serius untuk menarik kaum bukan Melayu menyertai sektor perkhidmatan awam.
Beliau berkata usaha kerajaan, termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), telah menunjukkan peningkatan jumlah permohonan bukan Melayu sebanyak 5.6 peratus bagi tempoh Jun-Ogos berbanding hanya dua peratus bagi Januari-Mei, daripada 1.2 juta permohonan yang diterima.
Ali berkata setakat ini, lebih 80 peratus penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera lain diikuti Cina, India dan lain-lain.
Bernama
Fri Nov 09 2012

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.

PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.

Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.

Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.

Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.

Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.

Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.