Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin bahawa mesyuarat penyelarasan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016 tidak akan berlangsung jika mesyuarat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum itu tidak berlaku.
Semasa sesi pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi pendakwaan keempat itu merujuk kepada mesyuarat di pejabat bekas perdana menteri itu pada 22 Feb 2016 dengan Najib menyatakan bahawa beliau tidak mahu dua versi penyata kewangan 1MDB dikemukakan dalam Laporan Pengauditan 1MDB.
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan pengauditan 1MDB termasuk dua penyata kewangan berbeza.
Sri Ram: Sekiranya perjumpaan pada 22 Feb tidak berlangsung, adakah pertemuan 24 Feb akan berlangsung ?
Ali: Ia tidak akan berlaku kerana apabila perdana menteri (Najib) berjanji akan mengkaji secara menyeluruh, maka bekas (Ketua Audit Negara (Tan Sri Ambrin Buang) bersetuju untuk hadir pada mesyuarat 22 Feb.
Ali, 65, memberi keterangan dalam perbicaraan Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Sementara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 44, dituduh bersubahat dengan Najib membuat pindaan terhadap laporan itu bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 22 dan 26 Feb 2016.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, semasa menjawab soalan pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Ali berkata bekas perdana menteri itu kelihatan kecewa pada mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Ambrin dan bekas ketua setiausaha sulit kepada Najib, Tan Sri Shukry Salleh.
Muhammad Shafee: Adalah anda tahu sebab mengapa Najib kecewa?
Ali: Sebenarnya tidak.
Muhammad Shafee: Anda lihat (Najib kelihatan kecewa) sebaik sahaja anda masuk ke bilik (pejabat Najib).
Ali: Ya
Muhammad Shafee: Walaupun anda meninggalkan bilik, anda tidak tahu apa yang mungkin menyebabkan perdana menteri kelihatan kecewa.
Ali: Saya tidak mendapat jawapan untuk itu, tidak ada yang menjelaskan kepada saya.
Saksi tersebut yang memegang jawatan itu sehingga Ogos 2018 sebelum bersara, juga berkata beliau dimaklumkan oleh Najib bahawa fakta akan disediakan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan itu pada 24 Feb.
Disoal oleh Muhammad Shafee sama ada beliau memberi tekanan kepada Ambrin supaya meminda laporan audit itu, Ali mengulangi bahawa beliau tidak memberi tekanan kepada bekas ketua audit negara itu.
Muhammad Shafee: Jika ada orang mendakwa melihat Ambrin kelihatan keletihan dan hilang tenaga ketika meninggalkan bilik mesyuarat itu pada 24 Feb, apa komen anda?
Ali: Mesyuarat itu berakhir dalam keadaan mesra dan riang, saya mengiringinya ke pintu dan beliau kelihatan normal.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020

Ali didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara. - Gambar fail
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.