KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan Geran Pemangkin 4IR (4ICG) seiring usaha membantu syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia untuk berkembang dan meningkatkan produktiviti serta kualiti produk.
4ICG direka untuk memangkinkan penggunaan dan pembangunan teknologi 4IR sekali gus menjadi pemangkin kepada perniagaan utama yang termaktub dalam Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR).
Ketua Pegawai Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata, geran berkenaan akan digunakan untuk penciptaan bersama, penyelesai masalah dan pengkomersilan penyelesaian 4IR sahaja.
"Kami memperkenalkan 4ICG untuk meningkatkan produktiviti, kualiti produk, meningkatkan kualiti kehidupan dan memelihara ekologi integriti dalam 10 sektor ekonomi utama dan enam sektor sokongan kepada ekonomi Malaysia seperti yang termaktub dalam Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4.
"Geran ini juga dijangka meningkatkan kebolehlihatan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia dan pertumbuhan pendapatan serta eksport daripada syarikat teknologi 4IR yang berpusat di Malaysia.
"Ini merupakan tambahan kepada usaha mencapai matlamat dalam Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), untuk mentransformasikan negara ke arah pemacuan digital, negara berpendapatan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN," katanya.
Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.
Manakala, syarikat milik asing terpilih akan dianugerahkan sehingga 30 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.
Jelasnya, penerima geran juga akan menyertai program GAIN MDEC dan akan menerima manfaat daripada segi akses pasaran, padanan perniagaan, fasiliti pembiayaan dan peluang mentor.
Malah, mereka juga mendapat keuntungan daripada peningkatan pendapatan dan eksport, peningkatan kemahiran dan meningkatkan peluang untuk menerima pelaburan.
Permohonan baharu untuk 4ICG kini dibuka dan pemohon boleh menyemak kriteria kelayakan serta mendaftar menerusi: https://gainmdec.awardsplatform.com/dashboard
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://mdec.my/4icg
Astro Awani
Wed Oct 13 2021
![MDEC lancar Geran Pemangkin 4IR, RM2 juta bantu syarikat teknologi berkembang MDEC lancar Geran Pemangkin 4IR, RM2 juta bantu syarikat teknologi berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634098093_MDEC.jpg)
Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah. - Foto MDEC
![PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719919203_TBSelasiah.jpg)
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
![MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634098093_MDEC.jpg)
MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia
Insentif itu dilihat memenuhi komitmen kerajaan di bawah Bajet 2024 untuk memperkenalkan insentif cukai berasaskan hasil.
![Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715515044_SyedIbrahim.jpg)
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
![Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714728583_SATYANADELLAjpg.jpg)
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
![KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698330510_TBMahadhirAziz.jpg)
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
![193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind 193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713773215_KLjpg.jpg)
193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind
Sebanyak 193 syarikat telah dianugerahkan Status Digital Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada suku pertama 2024.
![Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini.
![Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673870159_TBMahadhirAziz.jpg)
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
![Universiti terkemuka dunia Draper University akan buka kampus di Kuala Lumpur Universiti terkemuka dunia Draper University akan buka kampus di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710995206_TBdrapperuniversi.jpg)
Universiti terkemuka dunia Draper University akan buka kampus di Kuala Lumpur
Pembukaan kampus itu adalah dengan kerjasama di antara institusi berkenaan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
![MDEC sasar lahir sejuta usahawan menerusi program eUsahawan MDEC sasar lahir sejuta usahawan menerusi program eUsahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710075083_TBCHOWKONJELAJAH.jpg)
MDEC sasar lahir sejuta usahawan menerusi program eUsahawan
Sebanyak 563,543 usahawan di seluruh negara telah dilatih melalui program itu dengan menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion.
![MDEC kenal pasti syarikat pemula berpotensi berkembang dalam industri kreatif MDEC kenal pasti syarikat pemula berpotensi berkembang dalam industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697448568_SyedIbrahimSyedNoH.jpg)
MDEC kenal pasti syarikat pemula berpotensi berkembang dalam industri kreatif
MDEC akan bekerjasama dengan agensi berkaitan mengumpul data bagi mengenal pasti syarikat pemula niaga tempatan yang berpotensi.