KUALA LUMPUR: Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM) telah mengemukakan cadangan pindaan untuk beberapa klausa dalam Akta Anugerah 2017 (Akta 787) kepada Peguam Negara (AG) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Presiden MDDM Datuk Awalan Abdul Aziz berkata hal itu bertujuan untuk mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan akta berkenaan dalam membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran.
Beliau berkata antara cadangan pindaan yang dikemukakan pihaknya bulan lepas termasuk dari segi kuasa polis untuk menahan dan membuka kertas siasatan terhadap individu yang menyalahgunakan anugerah dan darjah kebesaran diperbaiki, sebelum dibawa ke pihak AG untuk dituduh.
"Sekarang ini tidak jelas dalam akta itu bahawa polis boleh membuat penangkapan sekiranya berlaku kesalahan di bawah akta itu.
"Selain itu, aspek kedua yang ingin dilihat ialah berhubung penerimapakaian akta ini di peringkat negeri kerana tidak semua negeri mempunyai enakmen yang berkaitan dengan akta ini.
"Jadi dari segi penguatkuasaannya, kita mohon supaya beberapa klausa dalam akta itu dapat dipinda sedikit, untuk membolehkan penguatkuasaannya dapat dilaksanakan di peringkat negeri juga, untuk anugerah-anugerah yang dikurniakan di negeri-negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) semalam.
Awalan berkata penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran ialah isu serius kerana terlalu banyak laporan diterima daripada orang awam berhubung penipuan membabitkan individu yang menggunakan gelaran palsu.
Katanya, berdasarkan rekod MDDM, terdapat hampir 200 individu dikenal pasti terlibat dalam penipuan gelaran palsu, sekali gus menunjukkan kepentingan akta tersebut dipinda bagi menjaga nama baik pemegang-pemegang anugerah yang tulen, serta institusi yang mengurniakan gelaran berkenaan.
Pada masa sama, beliau berharap lawatannya ke Bernama dapat membantu MDDM dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penggunaan anugerah dan darjah kebesaran yang sah.
"Persepsi ramai orang adalah kalau seseorang itu mempunyai gelaran Datuk, Datuk Seri, dia ialah orang mempunyai kredibiliti, padahal tidak semua mereka memiliki gelaran yang sah.
"Ini yang kita nak orang ramai tahu dan kalau boleh, mana-mana agensi termasuk Bernama juga hendaklah menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu gelaran terlebih dahulu, sebelum menulisnya dalam berita," katanya.
Terdahulu, Awalan bersama timbalannya Datuk Mohammad Ashfar Mohamad Ali, Setiausaha Agung Datuk Samson David Maman dan ahli-ahli MDDM lain dibawa melawat Bernama Radio, Bernama TV dan Meja Digital Media untuk melihat secara lebih dekat pengoperasian bahagian di agensi itu.
Beliau juga diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin mengenai sejarah penubuhan dan peranan Bernama sebagai agensi berita selain berbincang dengan Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan pengurusan tertinggi mengenai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak.
Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Awalan memberi penerangan pada sesi lawatan Majlis Datuk Dato' Malaysia ke Wisma Bernama, di Kuala Lumpur, 1 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Mariwasa bangga jadi penghasil pingat, darjah kebesaran
Mariwasa menjadi pembekal dan pembuat darjah kebesaran untuk hampir semua kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan beberapa negara luar, antaranya Maldives, Oman dan Kuwait.
MDDM terima lebih 200 aduan individu guna gelaran, darjah palsu
Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) menerima lebih 200 laporan dan aduan berkaitan penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran palsu dan yang tidak diiktiraf sejak dua tahun lepas.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului senarai penerima darjah, pingat kebesaran Perak
Syed Danial, 80 tahun, dianugerahkan darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.
Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran
Yang di-Pertuan Agong berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
MDDM cadang pindaan Akta Anugerah, perkasa penguatkuasaan salah guna gelaran
Ia bagi mengukuhkan lagi keberkesanan penguatkuasaan Akta 787 dalam membendung aktiviti penyalahgunaan anugerah dan darjah kebesaran.