KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti lebih banyak bidang untuk dimasukkan dalam modul pendidikan dan kesedaran Perlindungan Dalam Talian Kanak-Kanak (COP) memandangkan semakin awal kanak-kanak didedahkan kepada internet.
Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata keadaan itu menuntut pelaksanaan usaha bersepadu dalam mendidik masyarakat umum tentang penggunaan internet secara positif dan beretika.
"Ini penting jika kita benar-benar serius dalam melindungi anak-anak kita daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan yang dikaitkan dengan teknologi digital.
"Teknologi komunikasi akan terus berkembang pesat, begitu juga ancaman yang datang bersamanya, baik ancaman baharu mahupun yang sedia ada, satu-satunya cara yang berkesan untuk menangani ancaman tersebut ialah kesungguhan kita," katanya dalam ucapan pembukaan pada Seminar MCMC-UNICEF mengenai COP 2021 menerusi aplikasi Zoom pada Selasa.
Beliau berkata pada masa sama, MCMC menerusi kemudahan forensik digitalnya yang diiktiraf antarabangsa, sentiasa bersedia menyalurkan bantuan teknikal kepada polis dan lain-lain agensi penguat kuasa dalam siasatan jenayah, seperti yang dilakukan selama ini.
"internet akan kekal bersama kita, begitu juga risikonya. Sekalipun ancaman-ancaman ini terus berubah, teras kewujudannya tetap sama iaitu untuk memudaratkan.
"Namun begitu, sekalipun hasrat kita ialah untuk melindungi, kita harus memastikan langkah-langkah yang diambil tidak mencabul hak kanak-kanak memandangkan teknologi digital menyumbang kepada penganjuran, perlindungan dan penunaian hak kanak-kanak," katanya.
Zulkarnain berkata kerjasama dan perkongsian membabitkan pelbagai pemegang taruh amat penting dalam memastikan keselamatan kanak-kanak semasa mereka dalam talian.
"Ini kerana kita ada pemegang taruh yang mungkin tidak boleh dicapai oleh pihak lain, justeru kerjasama dan perkongsian ini amat penting untuk merapatkan jurang tersebut.
"Pada masa sama, setiap orang harus menyingkirkan salah tanggapan bahawa kerajaan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan semua masalah, kita masing-masing ada peranan untuk dimainkan dalam memastikan keselamatan anak-anak kita, baik agensi kerajaan, pemain industri, ibu bapa dan pendidik, ahli masyarakat, malah kanak-kanak dan golongan muda itu sendiri," katanya.
Sementara itu, seorang daripada penceramah, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal memuji tindakan pantas kerajaan menghentikan operasi aplikasi janji temu Sugarbook.
Katanya aplikasi sedemikian mungkin menarik kanak-kanak kerana mereka mempunyai peranti untuk mengakses laman web, selain berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
"Kumpulan yang mencipta aplikasi dan laman web seperti Sugarbook ini kreatif serta inovatif, mereka boleh mewujudkan laman web baharu untuk meneruskan aktiviti mereka, justeru kerajaan harus mencari jalan untuk menghentikan kegiatan ini daripada terus berkembang," katanya.
Noor Aziah menyarankan kerajaan mewujudkan sistem data kebangsaan mengenai penggunaan internet oleh kanak-kanak bagi memantau kategori serta usia mereka, selain risiko dan bahaya yang dihadapi mereka.
"Wujudkan tindakan kolektif membabitkan kementerian berkaitan untuk mencegah dan menangani segala bentuk keganasan, penderaan dan eksploitasi kanak-kanak menerusi talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Zulkarnain berkata keadaan itu menuntut pelaksanaan usaha bersepadu dalam mendidik masyarakat umum tentang penggunaan internet secara positif dan beretika.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
Rangkaian 5G Kedua Malaysia dilaksana oleh U Mobile Sdn Bhd
MCMC melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih MNO yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.
Blackberry tubuh ibu pejabat keselamatan siber serantau Apac di Malaysia
Ia komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan Nov 2023.
Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
PDRM sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.
Akaun 'sexual grooming': Fahmi sahkan MCMC ada terima aduan
Menteri Komunikasi mengesahkan MCMC ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
Hospital antara kawasan diberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah kesalinghubungan - Fahmi
Hospital akan menjadi satu daripada tujuh kawasan yang diberikan keutamaan oleh MCMC dalam usaha menyelesaikan masalah kesalinghubungan.