KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti laporan berita oleh sebuah saluran televisyen tempatan yang mendakwa bilangan penjawat awam akan dikurangkan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata hasil penilaian awal perkara itu mendapati pihak berkenaan telah beberapa kali menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.
Justeru, beliau menyerahkan perkara itu kepada MCMC dan pihak berkuasa sekiranya ingin melakukan siasatan terhadap pihak berkenaan berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang yang ada ketika ini.
"Bagaimanapun, bagi saya yang penting ada beza antara menerbitkan berita dan menerbitkan fitnah... hak untuk media bebas menjalankan tugas itu memang wujud dan kita pertahankan tapi ia tidak bermaksud ada hak untuk menerbitkan bahan yang tidak benar atau fitnah.
"... MCMC akan memaklumkan kepada saya dalam masa terdekat apakah status (penelitian itu). Jadi kita tunggu dulu hasil siasatan laporan daripada MCMC," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Jelajah Saya Digital @ Lembah Pantai di sini hari ini.
Semalam, Fahmi menerusi hantaran di Twitter berkata kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan laporan Berita 757 oleh Awesome TV kononnya ada cadangan daripada 'pemerhati' untuk mengurangkan bilangan penjawat awam.
Beliau turut meminta saluran berita tersebut memberi penjelasan mengenai idea dan cadangan yang dianggap 'mengarut' itu.
Sehubungan itu, menteri berkenaan mengingatkan semua pihak untuk berwaspada dalam setiap penerbitan bahan, bukan hanya laporan berita semata-mata, supaya tidak bersifat fitnah dan melanggar undang-undang sedia ada.
Mengulas teguran Laporan Ketua Audit 2021 terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Fahmi berkata beliau telah bertemu dengan pihak pengurusan termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya.
Beliau berkata pertemuan itu bagi memahami dengan lebih mendalam sebab kejadian itu berlaku dan tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan ia berulang.
"... contohnya, mereka yang memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah FINAS tidak boleh menerima sebarang geran atau manfaat daripada FINAS dari segi kerjaya mereka.
"Jadi kita sedang bincang pindaan apa yang perlu kepada Akta FINAS supaya Ahli Lembaga boleh berfungsi dengan baik, memahami perkembangan industri perfileman dan pada masa sama masih menjadi daya tarikan untuk menyumbang kepada perkembangan industri filem," katanya.
Pada 19 Jan lepas, Fahmi dilapor berkata Kementerian Komunikasi dan Digital akan melantik Pengerusi dan barisan Ahli Lembaga baharu bagi menyelesaikan isu yang dihadapi FINAS berhubung teguran audit mengenai pembaziran serta pemberian dana yang dikaitkan dengan perbadanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Fahmi berkata hasil penilaian awal perkara itu mendapati pihak berkenaan telah beberapa kali menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. - Gambar fail
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
MCMC jalan kajian penilaian ketersediaan 5G untuk industri Malaysia
MCMC dengan kerjasama MIDA akan menjalankan Kajian Penilaian Ketersediaan 5G untuk Industri Malaysia.
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC
MCMC telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.