KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkasa jalinan kerjasama dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam usaha mengekang aktiviti di laman Facebook yang bercanggah dengan undang-undang negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta minggu lepas dan antara yang dibincangkan ialah kawalan terhadap laman Facebook yang terlibat dengan perjudian dalam talian selain iklan pelaburan tidak wujud atau scam.
"Saya harap kerjasama kita menerusi MCMC dengan Meta ini terus erat dalam usaha kita mengekang sebarang penyalahgunaan di platform berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-56 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma Bernama hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Roslan Ariffin dan Pemangku Ketua Pengarang BERNAMA Jamaluddin Muhammad.
Fahmi berkata demikian ketika mengulas dakwaan pemilik akaun Telegram Edisi Siasat kononnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap semua aktiviti serta iklan perjudian di laman Facebook.
Mengulas lanjut, beliau berkata KKD menerusi MCMC juga sedang meneliti untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pengguna aplikasi Telegram yang memuat naik kandungan pornografi dan menjual dadah selain ubat-ubatan yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan.
"Semua perkara ini amat merisaukan kerana melanggar undang-undang, dari awal pentadbiran (Kerajaan Perpaduan) saya dah arah panggil (pihak) Telegram (untuk cari penyelesaian) isu ini tapi sehingga kini, mereka enggan maka saya minta MCMC teliti tindakan tegas yang sepatutnya," katanya.
Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada BERNAMA atas sambutan ulang tahunnya yang ke-56 dan menyifatkan ia sebagai sebuah agensi berita yang mempunyai peranan penting dalam pelaporan berita serta peristiwa bersejarah negara.
"Tahniah BERNAMA... antara penggerak utama industri media di Malaysia, juga selaku penganjur sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.
"Dalam pada itu, perubahan dalam industri media ini akibat perkembangan media sosial perlu diteliti bersama dan saya serta kementerian sedia membantu BERNAMA," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023
Fahmi berkata MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.