Majlis Belia Malaysia (MBM), yang menjadi pemerhati pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), merumuskan bahawa ia berlangsung dengan menepati prosedur dan undang-undang berlandaskan peraturan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Presiden MBM Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menegaskan pemerhati MBM yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati isu pengundi hantu dan dakwaan kejadian bekalan eletrik terputus, tidak timbul seperti dakwaan sesetengah pihak.
"Tiada laporan diterima daripada pemerhati kami menyatakan berlaku kejadian blackout dan pengundi hantu, kami tidak bertemu (mengesan) kejadian (insiden seumpama) itu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi pembentangan Laporan Petugas Pemerhati MBM pada PRU13 dan sesi perbincangan Negara Bangsa Malaysia: Suara Belia Pasca PRU13 di sini hari ini.
Seramai 380 anggota MBM menjadi pemerhati tempatan di 165 kawasan parlimen bagi menjalankan aktiviti pemerhatian, merekod dan melaporkan perkara berkaitan PRU13 bermula daripada pembubaran Dewan Rakyat hingga pengumuman keputusan PRU.
Mohamed Maliki menarik perhatian pengundi hantu sememangnya sesuatu yang sukar dilakukan kerana semua parti politik yang bertanding meletakkan ejen sewaktu proses pembuangan undi selain petugas parti politik turut dibekalkan senarai nama pengundi berdaftar yang telah diwartakan SPR.
"Laporan petugas pemerhati MBM pada PRU13 dan cadangan penambahbaikan sistem pilihan raya sudah diserahkan kepada SPR dua minggu lalu dan saya berharap ia dapat disampaikan kepada pihak kerajaan untuk perhatian," katanya.
Antara penambahbaikan yang dicadangkan MBM ialah pengumuman tarikh pilihan raya dibuat awal setahun bagi memudahkan persiapan pihak terlibat.
"Petugas SPR juga perlu diberi latihan intensif dan latihan lapangan lebih awal selain wujud keperluan menambah pusat pengundian di kawasan yang mempunyai bilangan pengundi yang besar," katanya.
Mohamed Maliki berkata MBM juga mahu SPR meningkatkan penyelidikan tentang prestasi penggunaan dakwat kekal di luar negara dari segi bahan yang digunakan atau kelemahan lain supaya penggunaannya dapat ditambah baik di masa depan.
"MBM juga mencadangkan SPR mengguna pakai 'thumb print' (cap ibu jari) untuk mengesahkan pengundi yang layak dan ia juga perlu melebarkan medium perhubungan dengan pengundi di luar negara," katanya.
Bernama
Wed May 29 2013
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Zahid Hamidi harap MBM terus jadi ejen perpaduan, bentuk pemikiran belia
Ahmad Zahid berharap MBM akan terus menjadi ejen perpaduan dalam membentuk pemikiran belia dan membantu kerajaan untuk mencapai kejayaan.
Dewan Rakyat: Manfaat kecanggihan teknologi, tunjuk keprihatinan tangani isu belia
Jelasnya, belia sememangnya sudah jemu dan muak dengan drama politik yang tidak membina dan tidak memperkasa anak muda.
KBS, MBM gerakkan sukarelawan belia pantau, lapor kenaikan harga barangan
Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara.
PM umum peruntukan RM500,000 bagi Majlis Belia Malaysia
Ismail Sabri berkata, beliau memahami keperluan peruntukan bagi mengerakkan pertubuhan belia di negara ini.
Kabinet perlu penambahbaikan untuk berfungsi lebih efektif - MBM
Beberapa penambahbaikan dalam senarai Kabinet termasuk menggantikan menteri yang tidak mencapai prestasi sepatutnya.
Pembangunan pemimpin generasi baharu perlu berteraskan Rukun Negara, pembersihan rasuah - MBM
Idea pembangunan pemimpin baharu menggunakan paradigma kepimpinan theokratik sukar dilaksana kerana lebih tertumpu kepada pemimpin Islam.
Beri lebih ruang anak muda dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara - MBM
Jufitri Joha berkata langkah itu adalah tindakan realistik selaras dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Ahad.
MBM harap PM baharu dan Kabinet tumpu agenda pemulihan negara
Ini termasuk menstabilkan politik tanah air, menangani pandemik COVID-19, memacu ekonomi negara, membanteras rasuah dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum serta pelbagai ideologi politik.
PM yakin MBM akan terus bekerjasama dengan kerajaan
Ia penting bagi memastikan suara generasi muda didengari serta diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan.
KPT perlu pertimbang 3 asas kemasukan pelajar ke IPT - MBM
Pelajar yang fokus kepada akademik tidak semestinya boleh bercakap di hadapan khalayak ramai dan berkomunikasi secara berkesan.