KUALA LUMPUR: Idea menukarkan budaya politik sedia ada menjadi satu jihad transformatif besar-besaran bagi melahirkan generasi pemimpin baharu Muslim yang bertaqwa, berintegriti dan berkompetensi merupakan satu langkah yang baik.
Namun usaha ke arah paradigma yang dinamakan kepimpinan teokratik itu disifatkan lebih terarah kepada pembentukan pemimpin beragama Islam sahaja.
Justeru, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Fauzi Fadzil berpendapat, pembangunan pemimpin belia seumpama itu sukar dilaksanakan kerana tiadanya elemen universal yang boleh disambut oleh bangsa dan penganut agama lain juga.
"Idea itu satu perkara yang baik dan kita di MBM menyokongnya tetapi dalam perkara ini, pembangunan belia secara umum mengikut paradigma itu sukar dibuat kerana ia menjurus kepada penganut agama Islam sahaja sedangkan di Malaysia, kita ada pemimpin belia dari pelbagai latar belakang.
"Kerana itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden MBM sebelum ini, kita lebih menekankan prinsip Rukun Negara. Kita tidaklah menafikan idea tersebut tetapi idea Rukun Negara lebih umum dan sesuai dengan Malaysia.
"Banyak idea yang dibawa oleh gerakan-gerakan di Malaysia, contohnya ABIM, membawa idea 'fiqh muatanah' yang berkaitan dengan kewarganegaraan dan ia satu idea yang sangat baik, tetapi tidak dapat sambutan masyarakat sivil di negara ini kerana ia menggunakan istilah yang berbunyi agak keislaman.
"Tetapi apabila ABIM jenamakan semula idea ini kepada 'Bangsa Malaysia', kita dapat lihat banyak badan-badan NGO kembali bekerjasama dengan ABIM dan MBM untuk bawa idea ini.
"Jadi saya melihat kalau kita mahu melahirkan generasi pemimpin baharu yang lebih baik, kita perlu bawa idea yang bersifat umum dan universal serta boleh diterima oleh semua, namun dalam masa yang sama, nilai Islam itu boleh diterapkan dengan penggunaan istilah yang lebih umum," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Profesor Emeritus UIAM, Prof Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang berkata usaha melahirkan generasi baharu pemimpin dalam paradigma kepimpinan teokratik diselenggarakan secara kolektif dan kolaboratif antara pelbagai badan.
Fauzi juga melihat pembangunan pemimpin muda perlu berteraskan fokus mengembalikan kepercayaan rakyat, yang pastinya memerlukan komitmen terhadap pembersihan daripada rasuah.
"Antara yang kami di MBM gerakkan secara aktif ialah Rasuah Buster, kita beri tumpuan nak bersih masyarakat daripada unsur rasuah.
"Betul, nak lahirkan bangsa yang baik dan bertamadun, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian juga tetapi buat masa ini fokus utama ialah rasuah.
"Ini selari dengan apa yang diusulkan oleh Prof Kamal iaitu kita nak lahirkan pemimpin yang bersih rasuah," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Fri Dec 10 2021

Fauzi Fadzil berpendapat, pembangunan pemimpin belia seumpama itu sukar dilaksanakan kerana tiadanya elemen universal yang boleh disambut oleh bangsa dan penganut agama lain juga. - Foto MBM

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan

Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran kuasai AI
Saifuddin Nasution berkata pengetua, guru besar serta guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.

UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.

Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.

Sambutan 25 Tahun PKR berkonsep mesra rakyat, bertemu pemimpin lebih dekat
Kehadiran hampir 10,000 pengunjung memeriahkan acara Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul sejak pagi tadi.

Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia
Perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.

Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak rakus, angkuh, gelojoh macam pegawai penjajah - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin sekarang diingatkan supaya tidak bersikap rakus, angkuh dan gelojoh sebagaimana pegawai-pegawai dari negara penjajah suatu masa dahulu.

Jangan fikirkan projek sahaja apabila dilantik jadi pemimpin, JKKK - Hajiji
Hajiji berkata sebaliknya mereka wajib rajin turun padang bagi berjumpa serta memahami sendiri denyut nadi rakyat, dan tidak meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.