Majlis Belia Malaysia (MBM) perlu merujuk kembali Perlembagaan mereka dan memasukkan pemimpin belia mengikut komposisi kependudukan serta etnik di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus harus dilihat sebuah pertubuhan induk yang memberi manfaat seluruh belia dengan program kepada kumpulan sasar.
"Keprihatinan dan kepedulian saya, ajak semua dari pelbagai kaum untuk aktif dalam persatuan belia, ajak kawan-kawan untuk bersama kerana belia sebagai sebuah persatuan adalah tapak untuk mewujudkan sebuah kepimpinan mantap dalam apa juga organisasi nanti.
"Jangan ada Melayu sahaja, perlu ada pemimpin belia India, Cina, Kadazan, Murut juga," katanya semasa merasmikan Sambutan Hari Belia 2017 di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Timbalannya, Datuk S. Saravanan serta Presiden MBM, Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaludin.
Hari Belia Negara 2017 kembali ke Putrajaya selepas dilaksanakan di lokasi lain tahun lalu.
Dengan membawa tema “Negaraku” sebagai matlamat meningkatkan rasa kasih dan cinta belia kepada negara pada sambutan kali ini, pelbagai acara dan pengisian telah disusun meliputi segmen-segmen seperti Anugerah Belia Negara, Konvensyen Belia Kebangsaan 2017, Seni dan Budaya, Karnival Usahawan Artis Tanahair, Karnival Usahawan Agropreneur Muda serta Ekspresi Kerohanian, Pendidikan dan Kemahiran, Sukan.
Walaupun penganjuran kali ini dilaksanakan dalam skala sederhana, namun pihak penganjur (MBM bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) tetap mensasarkan penglibatan belia di semua peringkat.
Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi kos pentadbiran semua agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan berbanding hanya RM8 juta setahun sebelum ini.
Sementara itu, penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Belia Negara 2017 disandang Dr Mohd Lutfi Lokman, Anugerah Emas Remaja Perdana, Ka Kai Fong, Anugerah Perdana Belia Kategori Individu lelaki, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz sementara Kategori Individu Wanita dimenangi Nurul Syafinas Ishak.
Dalam pada itu, johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan dimenangi Kelab Beliawanis Sri Sepang dan naib johan disandang Persatuan Belia Beliawanis Bukit Kuda, Wilayah Persekutuan Labuan.
Wan Syamsul Amly
Mon May 15 2017
TPM: MBM perlu merujuk kembali Perlembagaan mereka dan memasukkan pemimpin belia mengikut komposisi kependudukan serta etnik di negara ini. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.