KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi Menteri Besar pertama ‘membuka pintu’ menerima kunjungan Rasuah Busters bersempena dengan konvoi #RasuahBusters ke Pantai Timur yang bermula pada Sabtu.
Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, kesediaan Samsuri jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri Terengganu untuk bersama-sama Rasuah Busters dalam misi membangunkan #nilaimoralkarakterbangsa serta menolak budaya jijik rasuah.
Menurutnya, pertemuan itu akan diadakan pada Selasa di Pejabat Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu.
“Alhamdulilah kita menerima khabar yang positif daripada Dr Samsuri, beliau menyatakan kebersamaan untuk bersama-sama Rasuah Busters dalam agenda melahirkan #MalaysiaTanpaRasuah.“
"Beliau (Menteri Besar) antara lima pihak yang akan ditemui Rasuah Busters sepanjang konvoi selama empat hari bermula 6 Ogos di negeri penyu ini,” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.
Sebelum ini, Terengganu diisytiharkan sebagai kerajaan paling telus membentangkan belanjawan atau pengurusan kewangan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Ia menerusi dapatan daripada Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) yang dinilai menerusi Malaysia Open Budget Index (MyOBI).
Wan Normi memberitahu, selain pertemuan dengan Samsuri, objektif konvoi kali ini juga adalah untuk membentuk Pasukan Rasuah Busters Terengganu dan memilih pengerusi negeri.
“Untuk pengetahuan, kini kita telah membina jaringan dan mobilisasi bersama hampir 700 rakan gabungan yang turut menjadikan antirasuah sebagai agenda perjuangan,” jelasnya.
Dalam pada itu katanya, pertemuan turut akan diadakan dengan pemegang taruh serta orang awam dalam mempertingkatkan kebersamaan dan memperkukuhkan rantaian sosial pembanterasan rasuah di peringkat akar umbi.
“Ini bagi membentuk usaha kolaboratif yang mampu menambah nilai dalam program serta aktiviti sedia ada dengan penglibatan kakitangan awam dan anggota masyarakat secara menyeluruh.
“Kita juga akan bertukar perspektif dan pandangan dalam mencari solusi terbaik bagi menggiatkan pemulihan negara ke arah #MalaysiaTanpaRasuah,” kata beliau.
Selain itu, jelasnya, konvoi #RasuahBusters juga akan mengadakan pertemuan dengan para pelajar bagi mendedahkan bahaya rasuah yang menjadi risiko besar kepada pembangunan masa depan generasi akan datang.
“Konvoi ini juga akan menjadi platform informasi antirasuah disebarkan dan menjalin kebersamaan gerakan rakyat kepada rakyat dalam membangun sistem nilai demi melahirkan #MalaysiaTanpaRasuah,” tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 07 2022

Kru Rasuah Busters mengaminkan doa sebelum memulakan konvoi ke Terengganu dan Kelantan pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

MB Terengganu terima kunjungan Rasuah Busters
Kesediaan Samsuri menunjukkan komitmen Terengganu bersama membangunkan #nilaimoralkarakterbangsa dan menolak budaya rasuah.