Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kayat.
Beliau berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.
(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.
"Cuba bayangkan ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar Selangor (menggantikan Abdul Khalid).
"Ia seakan tidak enak didengar, biarlah Abdul Khalid menjadi Menteri Besar dan tidak perlu ada orang cakap mahu menggantikannya sehingga perkara itu dibincang dan diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dalam laporan media hari ini Anwar dipetik sebagai berkata beliau mungkin akan dilantik menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid jika menang PRK kerusi DUN Kajang.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut Adun daripada PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Jan sebelum Anwar diumumkan sebagai calon PRK kerusi DUN berkenaan sehari kemudian.
"Kita tunggu sahaja sehingga keputusan DUN Kajang nanti dan jika beliau (Anwar) menang, Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan," kata Suhaizan.
Beliau berkata walaupun PAS sebelum ini berkeras menolak Anwar sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Abdul Khalid, namun parti itu terpaksa akan akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan Majlis Tertinggi.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Anwar itu.
Katanya soal siapa menjadi menteri besar seharusnya tidak timbul kerana tumpuan sebenar ketika ini adalah untuk Pakatan Rakyat memenangani PRK DUN Kajang.
"PAS tidak mahu fikir siapa jadi menteri besar dan perkara itu biarlah diputuskan secara bersama dalam Pakatan Rakyat kerana tumpuan kita adalah PRK DUN Kajang," kata Tuan Ibrahim.
Sementara itu di KAJANG, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berkata Anwar patut memberitahu pengundi PRK jika benar beliau akan menjadi menteri besar Selangor sebelum hari pengundian.
"Warga Kajang berhak untuk mengetahui perkara sebenar. Walaupun sudah beberapa kali Anwar memberi bayangan jawatan menteri besar untuknya...tetapi tidak pernah menyatakan secara berterus-terang.
"Rakyat Kajang juga perlu tahu sama ada Anwar wajar dipilih menjadi wakil rakyat yang bersedia untuk berkhidmat dan bukan untuk percaturan politik sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 'angpau' dan buah limau di Rumah Kebajikan Orang Tua Caring di Kajang.
Mah berkata politik sebegini semata-mata atas kepentingan diri dan terus memperbodohkan rakyat.
"Tindakan wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang pun telah bukan sahaja membebankan rakyat, tetapi juga membelot kepercayaan rakyat yang mengundinya dengan harapan untuk melihat pembangunan dalam jangka masa lima tahun," katanya.
Sehubungan itu, Mah sekali lagi menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula undang-undang yang ada agar amalan tukar wakil rakyat sesuka hati sehingga memaksa pilihan raya kecil diadakan, tidak berulang.
"Hukuman yang berat sepatutnya diberikan kepada mana-mana wakil rakyat dan parti politik yang terlibat, yang dengan sengaja mahu meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah," katanya.
Di PETALING JAYA anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan Anwar seorang yang 'pelik' kerana kerap mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang berubah-ubah mengenai pelbagai perkara.
"Nak komen (tentang) Anwar ni letih. Dia boleh kata apa dia nak kata, boleh buat apa dia nak buat. Dia kata membazir, tapi dia nak buat pilihan raya. Pelik lelaki ni," katanya.
"(Dan) saya tidak tahu kenapa orang masih menyokongnya...masih melihat dia sebagai seorang yang begitu hebat...(sedangkan) hari ini cakap macam ni, esok cakap macam ni (lain). Dulu nak jadi perdana menteri, sekarang nak jadi menteri besar (pula)," katanya.
Di KUALA SELANGOR, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan hasrat Anwar menjadi Menteri Besar Selangor hanya sekadar impian semata-mata.
Irmohizam yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata kenyataan Anwar itu bakal mewujudkan krisis perlembagaan kerana pelantikan sebagai Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor.
"Saya melihat sesiapa pun boleh bercita-cita atau memasang impian untuk menjadi menteri besar (Selangor)...tetapi harus diingat setiap pelantikan itu perlu mendapat perkenan Tuanku dahulu dan saya tak nampak dia di situ (sebagai Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian program Inovasi Sosial 1Malaysia (InoS1M) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-7.
Mengulas lanjut, Irmohizam berkata: "Apakah negeri Selangor ini sudah ketandusan anak Selangor?...rakyat Selangor perlu bangkit dan insaflah dengan kepimpinan (pakatan pembangkang) yang ada sekarang". --- Bernama
Bernama
Fri Feb 07 2014
Suhaizan Kayat - Gambar Fail
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
FTA Malaysia-Korea akan dimuktamadkan tahun depan - PM
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea akan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan tertangguh.