Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mengadakan sebarang urusan dengan Israel.
Beliau pernah mengalami sendiri keganasan zionis Israel apabila kapal MV Rachel Corrie yang dinaiki bersama-sama aktivitis Gerakan Pembebasan Gaza ditahan pada 2010.
Ahmad Faizal mengucapkan syabas dan terima kasih kerana ketegasan Perdana Menyeri dan menyifatkannya sebagai keputusan yang tepat.
"Saya sendiri sebenarnya pernah menjadi mangsa kepada keganasan zionis Israel apabila ditahan dalam kapal Rachel Corrie pada tahun 2010. Kami sebenarnya telah ditahan sewaktu kami berada di perairan antarabangsa. Semua negara mengutuk keras apa yang dibuat oleh Israel ini.
'Dengan tindakan ataupun keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ini, saya sambut baik dan amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan," ujar Ahmad Faizal.
Beliau ditemui selepas mesyuarat exco di pejabatnya di Ipoh pada Rabu.
Pada sidang media kepada pemberita Malaysia dan asing selepas menyampaikan ucaptama persidangan Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre pada Selasa, Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.
Beliau menegaskan, Malaysia tidak mahu mengadakan sebarang urusan dengan Israel, termasuk rakyatnya.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 23 2019
AHMAD FAIZAL: Saya sendiri sebenarnya pernah menjadi mangsa kepada keganasan zionis Israel. - Gambar fail
Melaka hasrat gubal undang-undang kecil PBT berhubung pemasangan QR pada ternakan
Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menghendaki pemilik ternakan memasang kod respons pantas (QR) pada haiwan ternakan seperti lembu.
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.
Nahas pesawat di Kazakhstan boleh dielak dengan 'penyelarasan betul' - Azerbaijan
Penyelarasan yang lebih baik antara perkhidmatan tentera dan awam Rusia boleh mengelakkan nahas pesawat Azerbaijan Airlines berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan akhir bulan lalu.
MCMC, Kerajaan Melaka jalin kerjasama Inisiatif Kampung Digital
Inisiatif itu adalah langkah strategik untuk memastikan setiap premis di negeri itu dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
[TERKINI] PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur
Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, menurut Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.
Tumpuan Selasa – 7 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (6 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kapal China didakwa ceroboh kawasan perairan milik Filipina
Filipina mengerahkan aset udara dan laut tentera dan pengawal pantainya di zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan selepas kehadiran kapal dari China yang didakwa melakukan pencerobohan di zon tersebut.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.