KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara bermula esok sehingga satu tarikh yang akan ditentukan doktor kelak.


Ringkasan AI
  • Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob, berkata bahawa Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan menjalani rawatan sehingga tarikh yang akan ditentukan oleh pihak doktor.


Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

"Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak bersama-sama mendoakan agar rawatan yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT," katanya.


-- BERNAMA