KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan bantuan banjir yang bertujuan meringankan beban kewangan kepada pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir.

Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata pelanggan boleh memohon bantuan menerusi e-mel, atau kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan bank itu, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atauPusat Kewangan Auto di seluruh negara.

"Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu," kata Maybank.

Selain itu, bank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, sepertipenggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.

Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yangcepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluanborang atau dokumen sokongan, katanya.

-- BERNAMA